Iklan

Saturday, 9 January 2016

Part Akhir Hijrah Cinta:


Rosya masih menanti kedatangan Alisa.Hatinya berdebar-debar mahu melihat perubahan Alisa.
"Assalamualaikum.."sapa seorang gadis berjalan menghampirinya.Rosya melihat gadis itu menutup aurat dengan sempurna.Tudungnya juga bidang labuh 60 iaitu bidang yang agak labuh.Dia juga berkasut.
"Waalaikumusalam..
Alisaa!!"jerit Rosya terkejut lantas memeluk kawan baiknya itu.Dia berasa sangat gembira serta kagum.Alisa sudah berubah 360 darjah.Pakaian sopan mengikut syariat.Ada hikmah disebalik pemergianya ke London.
"Alhamdulillah..Allah buka juga pintu hati kau Alisa..alhamdulillah.." tambah Rosya lagi.Bahagia mula menular di hati Rosya.
"Yew..Allah sayangkan aku.Dia berikan aku hidayah untuk berubah.Aku yang selama ini buta dan tuli kerana aku terlalu ghairah mengejar keseronokkan duniawi.Hidup dengan berTuhan lagi indah.Aku rasa lebih bahagia bila aku makin dekat dengan Allah."Jelas Alisa mendalam dari jiwanya.Dia bersyukur kerana dia diberi peluang untuk berubah sebelum terlambat.
"Tapi Alisa, macamana kau boleh berubah kat sana?"Tanya Rosya kehairanan.
Alisa tersenyum.
"Amir..masa aku cuba lupakan Faris semasa kat London,dia lah yang banyak ingatkan aku.Amir ada hantar beberapa email semasa aku kat sana. Dalam tulisannya dia mahu aku hidup kembali berTuhan.
Amir juga pesan :
"Kalau kita hidup berTuhan,walau sakit macam mana pun hidup kita masih boleh bertahan sebab Allah sentiasa bersama kita.Nescaya,kita akan jadi kuat pada hati dan iman.Itu yang kita perlu buat..pilih lah untuk hidup dekat dengan Pencipta." Terang Alisa bersungguh-sungguh.Wajah Amir terbayang di fikirannya.
"Ohhh..macam tu.Amboi Amir bukan main lagi dia pedulikan kau..ada perasaan apa-apa Kew??!" Usik Rosya bersahaja.
Muka Alisa bertukar kemerahan - merahan menahan perasaan malu.
"Andai kau tahu akan sesuatu" bisik hati Alisa kepada kawannya.
"Btw kan,Amir dah tak mengajar kat situ dah..Dia dapat tawaran menjadi pensyarah muda dalam bahagian ussuluddin di University Al - Azhar, Mesir.Dah lama aku tak nampak Amir." Jelas Rosya memaklumkan kepada Alisa.
Muka Alisa mula berubah..terasa sayu.Amir tidak pernah memaklumkan tentang pemergiaanya ke Mesir ketika dia di London.
"Ohhh..begitu."ujar Alisa.Semangatnya makin hilang.Dalam fikirannya ketika dalam penerbangan ke Malaysia,dia mahu menjawab pertanyaan terakhir daripada Amir.Dia menunggu untuk memberi jawapan yang tepat kepada Amir.
"Kau ok?"Tanya Rosya apabila melihat Alisa seakan tidak bermaya bila diberitahu tentang Amir.
"Ohh..ok jew."
"Jom masuk ke dalam masjid.Usrah dah nak bermula ni."pelawa Rosya.Dia menarik Alisa ke tempat usrah.
Alisa mengikut sahaja.Ini kali pertama dia berada dalam kumpulan usrah.Sememangnya dia berasa janggal.Rosya memperkenalkan ahli usrah yang lain.Mereka saling berkenalan antara satu sama lain.
"Baiklah..Naqib sudah menunggu tuh..jom berkumpul" Ajak seorang ukhti.
Kumpulan usrah itu mencampurkan lelaki dan perempuan.Walaupun sedemikian, mereka duduk beransingan cuma dalam satu kumpulan usrah yang sama.Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dilarang keras dalam usrah.
"Assalamualaikum semua..kita mulakan usrah pada petang ini dengan bacaan al fatihah."Naqib memulakan pembukaan usrah.
Ahli kumpulan usrah sama - sama membaca a Fatihah.Kemudian Naqib bersuara lagi:
"Hari ini,ana mahu menjemput sahabat ana memberikan sedikit perkongsiaan ilmu.Dia dalam perjalanan ke sini.Harap kalian bersabar untuk seketika."
Semua tertunggu.Dalam 5 minit kemudian datang seorang laki bersongkok ke arah kumpulan usrah.
"Ini dia sahabat ana.Amir namanya. Dia baru pulang ke tanah air kelmarin.Merupakan seorang pensyarah muda di University Al-Azhar."Terang naqib.
Mendengar nama itu,Alisa segera memandang ke hadapan.Di saat matanya memandang ke arah Amir, Amir juga sedang memandang tepat ke arahnya.
"Alisaa?!"detik hati Amir agak terkejut.Dia terkejut dengan penglibatan Alisa di situ kerana sudah 2 tahun mereka tidak bertemu.Amir melihat Alisa sudah bertudung.Dia juga mula meninggalkan pakaian yang singkat dengan memakai jubah.Hati Amir tersenyum bahagia.Hatinya tiba-tiba berdebar dan jantungya berdegup kencang di saat Alisa memandang tepat ke matanya.Namun,dia cuba menahan kegusaran di hatinya.
Alisa di London,Amir di Mesir.Dua budaya yang berbeza dilalui mereka selama dua tahun.Dalam tempoh dua tahun mereka menjauh tapi hati semakin mendekat.
Alisa sudah diam dalam malu.Dia tidak menyangka akan bertemu Amir di masjid itu.Hatinya mula berbunga-bunga.Saat Amir sedang memberi perkongsian ilmu,Alisa curi-curi pandang.Saat itu,wajah Amir berubah.Mukanya hensem ditambah dengan kemanisan senyumannya.Benar-benar mencuit hati Alisa.
"Allah.."ucap Alisa dalam hatinya.Segera dia menundukkan pandangan daripada memandang Amir lama2.Amir juga perasan bahawa Alisa curi pandang ke arahnya.Jantungnya berdegup makin kencang.
Selesai sahaja usrah,Amir datang berjumpa Alisa.Ketika itu Rosya ada bersama.
"Alisa..alhamdulillah.
Kamu sudah banyak berubah."
"Allah yang beri saya peluang untuk dekat denganNya."jawab Alisa dengan nada yang agak lembut tidak seperti dulu.
"Alisa..bersediakah kamu menjawab soalan dalam e-mail ketika kamu di London itu?..apakah jawapan kamu?"Tanya Amir cuba mendapatkan jawapan Alisa.Hati Amir berdebar2 menanti jawapan Alisa selama 2 tahun penantian itu.
Dengan lafaz yang mulia bismillah
"Saya terima awak sebagai imam saya.Awak lah yang layak memimpin tangan ini sehingga ke Syurga. Saya mencintai awak kerana Allah.Moga cinta ini dibawah restuNya." Lafaz Alisa tulus daripada hatinya.Debaran makin mengusik jiwa Alisa.
"Alhamdulillah.."Ujar Amir tersenyum bahagia.


- Sekian Hijrah Cinta -

*Moral yang saya cuba sampaikan melalui penceritaan ini adalah walau teruk mana pun kita di masa lampau, Jika kita berubah , Kita boleh jadi yang lebih baik di masa depan.Allah itu maha pengampun so mohon la ampun walaupun menggunung dosa kita .
Usalah terlalu ego kerana ego hanya membinasakan diri sahaja"
Kadang- kadang kita tidak pernah kenal,tidak pernah contact ,tidak pernah berjumpa..walau di mana pun dia..Kalau sudah jodoh bertemu jua
Jangan risau 


smile emoticon
By: Huda Hamzah @
Pemburu Hidayah

No comments:

Post a Comment