Iklan

Tuesday, 25 August 2015

SURAT CINTA DARI LELAKI MISTERI



Penulisan kali ini lebih kepada alam percintaan ketika sekolah menegah, biasalah, budak-budak tengah up katakan..huhuhu..Zaman sekrang kalau nak luahkan perasaan pakai whatsapp and bagai..Zaman saya dulu x ada semua ni..so, sy sempat la alami zaman surat cinta ni.

Suatu hari, saya tengah berbual-bual dengan seorang kawan baik saya ni, namanya Nabila.Dia satu tahun lebih muda daripada saya tapi kami memang kawan rapat.semasa saya sedang berbual-bual dengannya dia mengeluarkan sepucuk surat.Surat itu berlipat didalam sampul putih.


" Nah, surat untuk Kak Huda" beritahu Nabila sambil menghulurkan sepucuk surat.Mukanya mula tersipu-sipu melihat aku.


" ohh..surat ape ni Nabila?,,tiba-tiba sungguh kamu bagi akkak surat yang macam ini" sampukku selamba sambil mula membuka sampul surat itu.Hatiku berdebar-debar juga sebab bukan kebiasaan Nabila nak bagi baca surat ni.Kot-kot surat amaran ke apew kn.


"hehehe..akak baca je lah. Nanti akak tahu juga" terus dia berlalu pergi dengan muka tersengih-sengih.


Aku membuka sampul dan membaca surat itu.


jelas tertulis dengan pen.Tulisannya agak cakar ayam:



" Assalamualaikum huda,
 Maaf jika surat ini menggangu awak..saya hendak beritahu sesuatu.Mungkin awak akan terkejut tapi saya rasa saya perlu beritahu awk..saya suka awak!!.


Aku terkejut ketika membaca surat itu..aku berhenti seketika kemudian aku kembali membacanya lagi..


" ...sudi tak awak terima saya sebagai teman hidup awk?"

saya akan tunggu jawapan awak..harap segera membalas surat ini

pecah kaca,

pecah gelas,
sudah baca
harap balas..


Aku terkejut sangat-sangat.Terus aku tarik nafas panjang-panjang seakan-akan tidak percaya dengan semua ini.Di surat itu tidak bernama, sungguh puas aku mencari-cari klu yang mungkin ku kenali lelaki itu.

" arghh..mungkin ini kerja Nabila sahaja.Mungkin dia hendak kenakan aku semula.Terus aku mengumpal surat itu dan membuang ke dalam tong sampah.




Keesokkannya, Nabila datang bertanya kepadaku.Mukanya beria-ria melihat reaksi aku.


" akak dah baca surat semalam??..macam mana??" tanya Nabila.


" dah..kamu ni suka betul main-main. Dahn jangan main-main lagi.akak ada kearja nak buat ni" jelasku kerana aku tidak percaya surat itu datangnya daripda lelaki misteri.


" ape yang main-mainnya kak!..surat tu betul-betul tau, saya tak tulis pun..Dia yang meminta saya hantarkan kepada akak" terang Nabila menjernihkan kekeliruan dan sangkaanku.


" huh?!!..siapa yang kirimkan surat ini kepada akak?" Tanyaku penuh minat.Aku ingin mengetahui siapkah penulis misteri itu.



"seseorang yang akak tidak kenali tapi dia yang banyak mengenali akak dalam diam.Saya tak boleh beritahu siapa dia sebelum saya pastikan akak balas semula surat dia tu.Balas Nabila mengenakan syarat pula sebelum memberitahu siapa dia.

"baiklah.akak balas sekarang!" jawabku lantas mengambil sepucuk surat dan menulis jawapanku:



waalaikumusalam,

Terima kasih untuk surat itu..saya minta maaf saya tidak mampu menerima awk sebagai seseorang yang istimewa buat saya..maaf.saya harap pengertian daripada awak..

maafkan saya..





Terus aku masukkan dalam sampul surat dan meminta kembalikan kepada lelaki itu.



" ok akak..nanti lepas habis kelas, Nabila bagitahu akak siapa dia" terang Nabila sambil mengambil surat itu daripada tanganku.


"okk.."



Habis jew kelas, Nabila segera mendapatkan ku kembali..Sebaik sahaja melihatku dia segera meluru.Hari itu ada perhimpunan, selaku pengawas sekolah aku memang pulang lambat sedikit kerana ada tugasan tambahan.


" akak!!..akak!!.." panggil Nabila.


" yew.." jawabku ringkas.


"Nah.." Nabila menghulurkan sepucuk lagi surat baru daripada lelaki misteri itu.


Cepat-cepat, aku membuka surat itu.



Assalamualaikum awak,
terima kasih atas jawapan awak..tapi sbelum itu saya hendak mendapatkan kepastian daripada awak, kenapa awak menolak saya??..kenapa??

-yang benar-



Terus aku terdiam..tiada jawapan yang mampu kuberikan kepadanya.Entah la, bagi aku zaman remaja ini banyak cinta monyet jew..lagipun aku masih belum mengenali lelaki itu..siapakah dia??" terdetik di hati untuk melihat empunya Tuan surat itu.



Maghrib hari itu, aku pergi surau solat berjemaah di sana.Hanya ada dalam 4 shaf termaksud pelajar lelaki.Disebabkan kami yang beragama islam hanya sedikit sahaja yang tinggal di asrama maka tiada tirai antara kami semua.


Aku datang sedikit awal jadi aku berada di shaf depan di belakang..selang 3 langkah daripada shaf pelajar lelaki. Ada seoarng lelaki ini aku sangat mengagumi dia.Kali ini aku berada betul-betul belakang dia, solat jemaah sekali bersama-sama pelajar islam yang lain.


Aku memang tidak mengenali lelaki itu.Rupanya sesekala sahaja aku nampak dia di asrama itupun ketika solat berjemaah.Di Sekolah aku memang jenis ulat buku so aku tidak mengambil kesah pasal orang lain.Sebaik sahaja pulang ke asrama,memang aku akan ke surau untuk solat berjemaah begitu juga lelaki itu.


" siapakah lelaki ini?" kadang-kadang hatiku berbicara tanpa pinta.



" Akak..jauhnya termenung" sampuk Nabila semasa aku mengemaskan telekung sembahyang tadi.Semua pelajar sudah mula keluar daripada surau.


" hmmm..Nabila, akak nak tanya nie..lelaki yang solat di depan akak tu siapa??..sebab akak tak pernah kenal dia tuh.." tanyaku sambil malu-malu.


"ohh..itu namanya Keri. dia tu sekelas dengan saya kak..muda setahun daripada akak. Kenapa akak dah berkenan kew ni?..hihi.." tanya Nabila dalam nada bergurau-gurau.


" Mana ada lah!!..akak tanya jew..hmm"


" Jom la akak, kita naik asrama dulu" ajak Nabila bersama-sama.



**************************************************************************************



setelah hampie sebulan,


" Nabila, lelaki yang kamu cakapkan yang kt masjid tuh..macamna??" tanya aku ingin tahu sebab selalu kitorang solat berjemaah sama-sama.Dia selalu memakai baju itu.Sudah dapat ku kenali itu dia.


" ohh..Keri tu baik kak..dalam kelas dia bising jew..stress la" komen Nabila pasal lelaki itu.


"hahaha..x apa lah..ceria juga kelas kamu tu" Tambahku lagi sambil ketawa bersama-sama.


"Akak..Sejak dulu hingga sekarang itu lah lelaki yang saya suka." jelas Nabila dengan nada yang lembut.


Aku sangat terkejut saat itu..Entah nak cakap apa..Lelaki itu juga la yang aku mula-mula mengambil tahu..mungkin dah berkenan kot.huhuhu..


"ohh..Nabila suka dia rupanya.Kenapa tak cakap dengan akak..Nanti akak boleh bagitahu kak dia" Cadanganku sambil cuba sembunyikan sesuatu yang mula aku rasa saat itu.Kini rasa hampa.Cukup lah..usah kenali siapa lelaki itu.


" saya bukan tak nak bagitahu akak cuma..hmmm" jelas Nabila teragap-agap.Dia mula memalingkan wajahnya daripada aku.


" cuma apa Nabila, cuba bagitahu akak..mana tahu akak boleh tolong" 


" hmm..akak ingat lagi tak surat yang akak dapat tu. lelaki yang kirim surat itu dia akak!..Dia!..Dia  suka akak bukan Nabila" Jelas Nabila dengan nada yang lembut kelihatan wajahnya berubah..Moodnya sedih.



Aku  terkejut berut dibuatnya,sangat-sangat.Selama ini lelaki yang selalu solat berjemaah denganku di surau bersama-sama pelajar lain itulah dia pengirim surat cinta tuh..Dalam diam dia yang suka aku.Tambahan lagi,sahabatku, Nabila juga menyimpan perasaan yang sama kepada lelaki yang sama.



Keesokkannya,


aku membalas surat lelaki itu yang kini ku mula mengenali siapa dia.



" Assalamualaikum,

Maaf atas kelewatan membalas surat ini.Sebab saya tolak awk sebab sy rasa usia kita terlalu muda.lagipun awak lebih muda daripada saya.Maaf..


saya yakin awak akan dapat perempuan yang lagi baik daripada saya.


Maaf..




- sekian coretan surat cinta dulu-




* aku belum pernah berkapel lagi yew sehingga kini,huhuhu..saya tidak mencintai dia pun




































Laluan Alam Mistik



Segala-galanyanya bermula entah bila ku pun tidak pasti semuannya itu, Berkali-kali ku cuba melupakan semua itu.Tapi apakan daya aku tidak mampu.Susah untuk terangkan seseuatu yang ganjil atau pun berbeza daripada kebiasaan.Ok, tidak mengapalah jadikan iktibar baik buruk daripada cerpen pendek ini.


Pada Hari itu, Aku deman,badanku panas dan sangat panas,bila, tibanya waktu senja menjelang maghrib aku mula menggigil ketakutan..takut,,takut sangat-sangat.Pada waktu itu, mataku mula melihat dunia yang berbeza, satu pandangan yang penuh misteri.Semuanya dengan izin Allah.Dia lah yang memberiku pandangan ini..

herkkkkkk..Herkkk...( x ingat bunyi tu..maaf)

suara mahluk itu menghampiri ke pendengaranku.Aku makin takut, tanganku mula menggigil, aku rasa darahku mula mengalir sejuk ke seluruh badan yang tak berdaya ini..Mukaku pucat..memang pucat..Mahluk itu mula menampakkan dirinya dihadapanku, bukan seekor tapi berbilang-bilang ekor mengerumi aku.Aku merauang ketakutan sambil merapu-rapu.

" pergi kau!!..pergi!, jangan kacau aku..Pergi!!" jeritku dalam keadaan cemas.

Mak aku pun datang menenangkan diri ini,Mak aku x faham apa yang aku rasa, dia x faham apa yang cuba aku katakan kepadanya sebab dia tidak nampak apa yang aku nampak dengan  mata kepalaku sendiri.Entah susah nak cakap..sebab tidak semua orang nampak benda-benda macam ni.

Mak meletakkan mukaku ke atas ribanya,sambil meletakkan tuala diatas dahiku..ya, badanku makin panas.

" Mak..tolong mak,ada benda yang makin menghampir nak capai anak mak!!" terangku dalam ketakuatan.Mataku jelas melihat benda itu semakin hampir ke arah aku...yew...hampir sangat-sangat.Aku takut.Sepertinya ibuku tidak mengendahkan semua itu..Mungkin dia fikir aku hanya merapu-rapu sahaja.Ibuku mengambil senaskah al quran dan terus membacanya.Mukaku pula bertambah pucat kerana mahluk itu benar-benar bereada hampir denganku.Mahluk itu tidak la besar,bermata merah yang boleh berubah2 saiz matanya.Mahluk itu melihatku ketakutan, lalu dia makin menghampiriku secara beramai-ramai.Aku merauang ketakutan.

" Makkk!!..tolong..adik!! ada mahluk depan akak ini, kamu tidak nampak kah??!!" Laungku ketika mahkluk itu makin hampir denganku.

"Akak!!..ape yang akak merepek ni??!!. tidak ada apa-apa pun di ruang tamu ini.Akak tolong hentikan semua ini..Hentikan!Adik tidak nampak apa-apa pun!!." jelas adikku sambil sibuk menyiapkan tugasan sekolahnya.Matanya lebih berfokus untuk menyiapkan tugasan sekolahnya berbanding mengambil tahu semua ini..

"Ya Allah, tidakkah mereka nampak apa yang aku nampak sekarang, Hanya aku sahaja yang mampu melihat mahluk ini..Hanya aku?!.Yew, sekarang aku dah faham, semua tidak nampak apa yang cuba aku katakan itu kerana mereka tidak diizinkan melihat semua itu.Mungkin Tuhan ingin mengujiku, menguji iman yang semakin kurus, yang semakin nazak dengan duniawi.Hanya sia-sia sahaja saat aku cuba menjelaskan kepada keluarga kerana mereka tidak nampak apa yang aku mampu lihat dan juga kalian selaku pembaca.


Mahluk itu merubah mukanya kepada yang lebih hodoh,Aku menjerit ketakutan,tiada seorang pun yang mampu memahami saat itu,Bibirnya yang biasa-biasa mula mengeluarkan taring dan menuju kearahku..Aku takut, aku mengangkat tangan sambil menutup mataku dalam keadaan mengigil ketakutan, Dengupan jantung jelas dapat kudengar saat itu,,memang jelas..dup..dup..dup..Bila mahluk itu berterbangan dan menlanggar aku mereka hilang entah kemana..Bukan seekor dua tapi ramai,ibarat sekumpulan besar.Mereka boleh menghampiriku cuma mereka tidak berjasad seperti manusia biasa, mereka ghaib aku hanya mampu melihat bentuk kejadiaan mereka namun aku tidak boleh  menyentuh atau bercakap dengan mereka, Hanya kemunculan mereka..Tapi disebabkan muka mereka yang hodoh mereka mengusik-gusikku.Saat semua tidak percaya pada kata- kataku,mahluk itu mula ketawakan aku beramai-ramai.Aku menutup kedua belah telingaku dengan tapak tangan ini.Aku benci dengan ketakutan yang aku rasa saat itu..benci sebab takut..benci sebab aku tidak mampu menjelaskan segalan-galanya kepada orang lain terutama ibuku sendiri.


Saat itu, yang bolehku lakukan cuma menangis dan menangis,Samada malam atau siang sama sahaja.Aku masih mampu melihat semuanya..Jelas di mataku semuanya.Saat orang lain tidak mampu memahami semua ini,Saat inilah aku makin dekat dengan Allah,Semuanya dengan izin daripadaNya supaya aku tidak melupakannya.Allah baru sahaja menunjukkan sebahagian kecil daripada alam ghaib tidak semuanya lagi..Itu pun aku amatlah takut ini pula azab Allah and semua yang Allah cipta dan semua yang Allah ghaibkan sehingga saatnya tiba.Aku tidak mampu untuk menghadapinya..sungguh alam ghaib itu sangat la dahsyat!

Percayalah,
 Saat hijab di buka untuk kalian, walau sekuat mana pun kalian belum tentu kalian mampu hadapi.Ianya ganjil dan kalian perlu hadapi dengan liku sendiri,Tiada sesiapa yang mampu memahami atau bercakap tentangnya  melainkan dengan IzinAllah jua mereka mampu.




TAPI UNTUK SEKARANG SAYA TIDAK MAMPU MELIHAT SEMUANYA LAGI,ALLAH DAH TUTUP HIJAB UNTUK SAYA SEBAB JUJUR MEMANG SAYA TAKUT TERLAMPAU 
TAKUT, BUKAN KITA JEW MAHKLUK ALLAH RAMAI LAGI!! 

 CUMA KITA YANG DIHIJABKAN PENGLIHATAN UNTUK MELIHAT MEREKA..SEANDAINYA KALIAN MAMPU MELIHAT, BERTASBIHLA KALIAN HARI-HARI SEBAB TAKUT YANG TIDAK MAMPU DIGAMBARKAN MELALUI GAMBARAN MAHUPUN PENULISAN INI SENDIRI.



_ SEKIAN CORETAN 25/8/15 _








Misteri Malam Jumaat

Masa malam jumaat sekitar pukul 9.30 malam.ketika itu aku masih tinggal di sebuah asrama di sekolah. asrama sekolahku terletak dikawasan kilang.dan jauh dari sekolah kami.biasanya kami akan menaiki  bas untuk ke kelas disebabkan jaraknya yg agak jauh.tambahan pula asrama ini terletak diatas kawasan tanah agak tinggi..belakang asrama dikelilingi bukit-bukit.Disini kami jarang mendengar bunyi kereta lalu lalang disebabkan di kawasan kilang dan tempat ini agak "KERAS"..

   banyak kes yang pelik2 berlaku di sekitar kawasan perindustrian ini..termaksud kes seorang lelaki berbangsa cina yg merempuh sepohon pokok yg agak besar berhampiran kawasan asrama kami.dan meniggal di tempat kejadian.

%%% kisah pertama dikacau mahluk halus:
          time: malam jumaat

semasa itu, semua kawan aku tengah sibuk membasuh pakaian masing2 kerana esok cuti sekolah.Malam itu,aku ingin ke sebuah bilik study untuk belajar.

disebabkan semua sedang sibuk dengan urusan masing2..aku terpaksa ke bilik study sorang2.aku nak ulangkaji itu je niat aku masa tu.Aku dah x fikir apa2 pun yg lain. dalam bilik study ni ada banyak kerusi dan meja yg tersusun rapi.disebabkan waktu malam,keadaan sekeliling bilik study agak gelap tambahan pula asrama kami dikelilingi oleh pokok usang yh telah berusia bertahun lamanya namun masih utuh.Di hadapan bilik study ni,ada sebatang pokok yg tua, batangnya berwarna kelabu putih...nampak pelikkan warna batang pokok warna putih kn??..dulu aq pun takut tapi aku x mahu kacau pokok tu..yg aku mahu habiskan ulangkaji ni.


Semasa aku sedang sibuk mengulangkaji pelajaran aku rasakan sesuatu yang aneh..perasaanku tiba2 berasa tidak selesa.Namun aku biarkan sahaja..
"ARRRGHH..mainan perasaan tak akan menghentikan niatku."


tiba-tiba aku terdengar bunyi kerusi bergerak..betul2 dalam bilik study tu.yang peliknya tidak ada satu pun kerusi tu bergerak namun bunyinya seperti ada yg menarik kerusi dalam bilik tu dengar kasar.Aku agak takut namun aku tidak menghiraukan bunyi itu..mungkin mainan perasaan fikirku.Dalam fikiranku Hantu x wujud hanya rekaan dalam filem semata-mata.Aku mula sambung belajar tanpa menghiraukan bunyi yg semakin lama, semakin menghampiriku.

" setelah beberapa minit, aku sudah tidak tahan dah lalu aku berkata dalam hatiku.."kalau benar kau ada mesti aku dapat lihatkau .baru aku akan percaya..kau dengan aku berada di dunia yg lain..jangan ganggu aku..dan..Aku takkan sesekali keluar dari bilik ni..even macam mana pun kau buat...

" tiba2 kerusi yang berada hampir disebelahku ditarik dengan sendirinya.aku terkejut sanagt2...tapi aku tampar muka aku sendiri...lalu..aku kata " ini hanya khayalan kau..jagn tertipu.." lalu aku sambung belajar lagi...kemudian kerusi disebelahku pula yang tertarik dengan sendirinya..aku terkejut kerana aku melihat bagaimana kerusi itu bergerak sendiri keluar dari meja belajar tanpa ada sesiapa pun yg menolaknya...

sepantas kilat, aku kemaskan semua buku2.kemudian keluar dari bilik belajar tu...sepanjang hidup aku, x kan sesekali aq lupakan peristiwa nie...sampai mati ia menjadi memori yg menakutkan.

SEKIAN CERITA DRI PENGELAMAN SY SENDIRI...THANK SBB SUDI BCA..