Iklan

Saturday, 19 September 2015

kISAH Yes aKU Menang!

" yes!! aku berjaya..menang jgk pertandingan" watch your ballon"..huhu..

seronok la jugak masa main tadi kt padang kolej sempena activities week. cara main dia macam nie, bellon kena ikat dikaki dan sesiapa yang belonnya pecah kena pijak semasa dalam bulatan dikira out.so,satu kumpulan ada 5 orang..dalam pusingan pertama, group aku lawan dengan group lain dalam satu bulatan besar..ada dlm 3 kumpulan gitu..kitaorg mesti pecahkan belon setiap ahli kumpulan lain untuk singkirkan mereka..serang beramai2..( kna betul2 berhati2, depan,kiri dan blakang untuk elakkan diserang senyap2)..setelah masa tamat pusingan pertama, bagi kumpulan aku hanya tinggal dua orang iaitu aku dgn kak nurul yg masih selamat..



Round kedua:

yang ni paling mencabar sebab peserta yang berjaya pada pusingan pertama perlu berlawan dengan ahli group lain yang masih selamat..masa tu ada 3 group dalam round ke dua satu group dalam 3-5 orang..maka serang la beramai2..aku pun pening jgk..semua nak serang sesama sendiri takot belon kt kaki aku kena pijak laa..aku pun lari satu bulatan padang..x mau belon kena pijak..nak menang..

Junior,
" Akak tunggu jangan lari,sy nak pijak belon akak!!.."
hadeh2.( kawan2 aku yang jadi penonton mmg dh gelak2 dh tengok aku lari x cukup tanah jew ..asyik ngelak jew byk)...masa dia datang dekat, aku lari dan lari...(entah la main kejar2 ke main pijak belon sebenarnya)..huhu..Badanya besar,aku kurus jew kalau lawan mesti aku yang kalah ni.. last2 x dapat lari dah dia depan2 aku,hhuhu..dia tersenyum..mungkin dia fikir mampu singkirkan aku kot..Masa dia serang, aku asyik menari2 jew..kejap lompat kaki kanan kejap lompat kaki kiri,pusing sana sini,aku pijak belon kat kaki dia ..dua kali aku cuba tapi x pecah2 jugak..(hmm..x semudah tu)..dia pun x bagi peluang, asyik rancak nak berlawan nk pecahkan belon kat kaki aku,tapi sempat jew aku ngelak..( lompat la mcm k pop cikit masa tu)...tapi alhamdulillah aku masih lagi bertahan, junior yang tadi akhirnya berjaya dikalahkan oleh ahli groupku sendiri.

Round yang terakhir,hanya tingal 6 . dalam 6 orang hanya 5 sahaja yang akan layak untuk menang,seorang perlu disingkirkan.walau sesama kumpulan sendiri jangan bagi muka.Belon pecah kira out x kesah ahli kumpulan sendiri.
so at the end, saya masih lagi bertahan dan termaksud dalam 5 orang yang berjaya memenangi pertandingn " WATCH YOUR BELLON"..huhuhu..


sekian. sorry panjang2..terima kasih sudi baca..kihkihkih.. :)

Cerita Lelaki Itu soleh!

masa tu baru habis cuti semester,time nk balik Kuantan ticket bas dh hbis so nak x nak kena la naik kereta api ke Kuala Lipis,Pahang.Dari situ, rancang nk beli ticket Bas ke Kuantan terus..
Tiba Jew kt sana,semua tengah pandang aku.tiba2 aku rasa pelik..kenapa nk pndang sampai mcm tu sekali??..semasa bertanya kpd seseorg tentang kaunter Bas di area situ: Ada seorang Ustazah bertanya

Ustazah:Adik ni nak ke mana?

Aku: Kuantan tpi sy nk beli ticket bas ni
.ustazah tahu mcmna nak ke sana??..
Ustazah; sorang Jew??..hmm..jauh jugak dik..kena jalan la teksi susah nk dapat time nih..
Aku: ohh..yew,sorang jew nih.
Ustazah: hmm..kalau kamu sorang Jew ustazah x berani nk biarkan kamu ke sana..bahaya sorang2..faham2 la sekarang macam mana..
Aku; hmmm..( dalam hati resah juga cuma x ada pilihan lain dah)
Ustazah: sebenanya, anak ustazah pun nk ke Kuantan.Kamu pergi la sekali dengan dia.Tapi naik kereta api la..kamu beli Jew ticket keretapi ..lgi selamat.
Selepas selesai beli ticket keretapi,aku pergi jumpa ustazah tuh..sambil berbual2 menunggu ketibaan keretapi.
Tiba-tiba,datang seorang lelaki bersongkok, wajahnya cerah berjalan menuju kearah kami.Dia membawa 3 cawan air teh limau.
Lelaki itu : nah ibu..air yang ibu mahu.sambil matanya memandang kearahku.
Aku tersipu-sipu malu.Kupandang sahaja kasut tumit tinggiku..malu..dalam hati sempat berkata.."wahh..hensem + baiknyaa!!"
Ustazah: air satu lagi..bagi Jew kat dia..( sambil tersenyum)
Lelaki itu menghulurkan air itu kepadaku.Wajahnya menunjukkan dia budak baik.ustazah sempat memberitahu anaknya itu tngah menuntut di sebuah kolej Islam di Kuantan.
Pummmm..pummm!!
..bunyi keretapi sudah hampir memasuki stesen dan akan berlepas..
Ustazah: nak, ibu amanahkan kepada kamu perempuan tuh.Minta tolong tengok-tengokk
an dia.Pastikan kamu dengan dia selamat tiba di Kuantan.Ibu doakn keselamatan kamu berdua.
Aku : *touchingnyaa..sape la aku ni kan..terharu sungguh dgn kebaikkan ustazah tu..


Lelaki itu bersalam dengan ibunya.Dicium pipi ibunya sambil berkata" baiklah ibu,saya akan tolong tengok-tengokkan dia.Jangan risau "
Selepas itu, giliranku pula untuk bersalam kemudian mencium juga pipi ustazah itu..aku rasa gembira terhadap kebaikkan ustazah itu..terharu ..kalau boleh nk peluk lama2 sbg ucapan terima kasih atas semuanyaa..
Ustazah: jaga diri nak..
Aku tersenyum..lelaki itu juga.Kami sama2 melambai tangan saat sudah menaiki keretapi itu..
Aku tahu..lelaki itu juga sedang malu.Dia tidak mengenaliku sama juga denganku.Tapi aku adalah amanah ibunya..dia turut sahaja kemahuan ibunyaa..
Aku tersipu malu..sweetkannn..huhuhuhu

Cerita " Abah aku mahu Dia"


Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"
Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."
Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."
Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"
Abah: "Abah nak ko pergi lamar salsabila yang baru pas SPM/SKM yang kerja kilang 2

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"
Abah: "Redha orang tua ! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."
Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."
Pemuda tu dah kenal sangat salsabila tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan salsabila tu.
Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"
Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."
Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"
Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."
Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)
Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.
Pemuda: "Terima kasih, abah."
Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"
Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."
Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."
Pemuda dan abahnya ketawa bersama.
Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin
#⃣Take A Note


perkongsiaan daripada petikan Fb.
Kredet kepada Admin sebenar.

Kisah Cinta Si Gadis Garang

Isnin (MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)
Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)
Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pak cik & Mak cik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : Waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (Dalam hati : Ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait and see minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pak cik mak cik..
Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : So what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (Sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)
Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
>Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (Dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
>Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite bertunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (Cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)
Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..
Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)
(MALAM PERTAMA)
Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullail yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semuanya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangannya menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS.. AAMINNNNN

Tuesday, 25 August 2015

SURAT CINTA DARI LELAKI MISTERI



Penulisan kali ini lebih kepada alam percintaan ketika sekolah menegah, biasalah, budak-budak tengah up katakan..huhuhu..Zaman sekrang kalau nak luahkan perasaan pakai whatsapp and bagai..Zaman saya dulu x ada semua ni..so, sy sempat la alami zaman surat cinta ni.

Suatu hari, saya tengah berbual-bual dengan seorang kawan baik saya ni, namanya Nabila.Dia satu tahun lebih muda daripada saya tapi kami memang kawan rapat.semasa saya sedang berbual-bual dengannya dia mengeluarkan sepucuk surat.Surat itu berlipat didalam sampul putih.


" Nah, surat untuk Kak Huda" beritahu Nabila sambil menghulurkan sepucuk surat.Mukanya mula tersipu-sipu melihat aku.


" ohh..surat ape ni Nabila?,,tiba-tiba sungguh kamu bagi akkak surat yang macam ini" sampukku selamba sambil mula membuka sampul surat itu.Hatiku berdebar-debar juga sebab bukan kebiasaan Nabila nak bagi baca surat ni.Kot-kot surat amaran ke apew kn.


"hehehe..akak baca je lah. Nanti akak tahu juga" terus dia berlalu pergi dengan muka tersengih-sengih.


Aku membuka sampul dan membaca surat itu.


jelas tertulis dengan pen.Tulisannya agak cakar ayam:



" Assalamualaikum huda,
 Maaf jika surat ini menggangu awak..saya hendak beritahu sesuatu.Mungkin awak akan terkejut tapi saya rasa saya perlu beritahu awk..saya suka awak!!.


Aku terkejut ketika membaca surat itu..aku berhenti seketika kemudian aku kembali membacanya lagi..


" ...sudi tak awak terima saya sebagai teman hidup awk?"

saya akan tunggu jawapan awak..harap segera membalas surat ini

pecah kaca,

pecah gelas,
sudah baca
harap balas..


Aku terkejut sangat-sangat.Terus aku tarik nafas panjang-panjang seakan-akan tidak percaya dengan semua ini.Di surat itu tidak bernama, sungguh puas aku mencari-cari klu yang mungkin ku kenali lelaki itu.

" arghh..mungkin ini kerja Nabila sahaja.Mungkin dia hendak kenakan aku semula.Terus aku mengumpal surat itu dan membuang ke dalam tong sampah.




Keesokkannya, Nabila datang bertanya kepadaku.Mukanya beria-ria melihat reaksi aku.


" akak dah baca surat semalam??..macam mana??" tanya Nabila.


" dah..kamu ni suka betul main-main. Dahn jangan main-main lagi.akak ada kearja nak buat ni" jelasku kerana aku tidak percaya surat itu datangnya daripda lelaki misteri.


" ape yang main-mainnya kak!..surat tu betul-betul tau, saya tak tulis pun..Dia yang meminta saya hantarkan kepada akak" terang Nabila menjernihkan kekeliruan dan sangkaanku.


" huh?!!..siapa yang kirimkan surat ini kepada akak?" Tanyaku penuh minat.Aku ingin mengetahui siapkah penulis misteri itu.



"seseorang yang akak tidak kenali tapi dia yang banyak mengenali akak dalam diam.Saya tak boleh beritahu siapa dia sebelum saya pastikan akak balas semula surat dia tu.Balas Nabila mengenakan syarat pula sebelum memberitahu siapa dia.

"baiklah.akak balas sekarang!" jawabku lantas mengambil sepucuk surat dan menulis jawapanku:



waalaikumusalam,

Terima kasih untuk surat itu..saya minta maaf saya tidak mampu menerima awk sebagai seseorang yang istimewa buat saya..maaf.saya harap pengertian daripada awak..

maafkan saya..





Terus aku masukkan dalam sampul surat dan meminta kembalikan kepada lelaki itu.



" ok akak..nanti lepas habis kelas, Nabila bagitahu akak siapa dia" terang Nabila sambil mengambil surat itu daripada tanganku.


"okk.."



Habis jew kelas, Nabila segera mendapatkan ku kembali..Sebaik sahaja melihatku dia segera meluru.Hari itu ada perhimpunan, selaku pengawas sekolah aku memang pulang lambat sedikit kerana ada tugasan tambahan.


" akak!!..akak!!.." panggil Nabila.


" yew.." jawabku ringkas.


"Nah.." Nabila menghulurkan sepucuk lagi surat baru daripada lelaki misteri itu.


Cepat-cepat, aku membuka surat itu.



Assalamualaikum awak,
terima kasih atas jawapan awak..tapi sbelum itu saya hendak mendapatkan kepastian daripada awak, kenapa awak menolak saya??..kenapa??

-yang benar-



Terus aku terdiam..tiada jawapan yang mampu kuberikan kepadanya.Entah la, bagi aku zaman remaja ini banyak cinta monyet jew..lagipun aku masih belum mengenali lelaki itu..siapakah dia??" terdetik di hati untuk melihat empunya Tuan surat itu.



Maghrib hari itu, aku pergi surau solat berjemaah di sana.Hanya ada dalam 4 shaf termaksud pelajar lelaki.Disebabkan kami yang beragama islam hanya sedikit sahaja yang tinggal di asrama maka tiada tirai antara kami semua.


Aku datang sedikit awal jadi aku berada di shaf depan di belakang..selang 3 langkah daripada shaf pelajar lelaki. Ada seoarng lelaki ini aku sangat mengagumi dia.Kali ini aku berada betul-betul belakang dia, solat jemaah sekali bersama-sama pelajar islam yang lain.


Aku memang tidak mengenali lelaki itu.Rupanya sesekala sahaja aku nampak dia di asrama itupun ketika solat berjemaah.Di Sekolah aku memang jenis ulat buku so aku tidak mengambil kesah pasal orang lain.Sebaik sahaja pulang ke asrama,memang aku akan ke surau untuk solat berjemaah begitu juga lelaki itu.


" siapakah lelaki ini?" kadang-kadang hatiku berbicara tanpa pinta.



" Akak..jauhnya termenung" sampuk Nabila semasa aku mengemaskan telekung sembahyang tadi.Semua pelajar sudah mula keluar daripada surau.


" hmmm..Nabila, akak nak tanya nie..lelaki yang solat di depan akak tu siapa??..sebab akak tak pernah kenal dia tuh.." tanyaku sambil malu-malu.


"ohh..itu namanya Keri. dia tu sekelas dengan saya kak..muda setahun daripada akak. Kenapa akak dah berkenan kew ni?..hihi.." tanya Nabila dalam nada bergurau-gurau.


" Mana ada lah!!..akak tanya jew..hmm"


" Jom la akak, kita naik asrama dulu" ajak Nabila bersama-sama.



**************************************************************************************



setelah hampie sebulan,


" Nabila, lelaki yang kamu cakapkan yang kt masjid tuh..macamna??" tanya aku ingin tahu sebab selalu kitorang solat berjemaah sama-sama.Dia selalu memakai baju itu.Sudah dapat ku kenali itu dia.


" ohh..Keri tu baik kak..dalam kelas dia bising jew..stress la" komen Nabila pasal lelaki itu.


"hahaha..x apa lah..ceria juga kelas kamu tu" Tambahku lagi sambil ketawa bersama-sama.


"Akak..Sejak dulu hingga sekarang itu lah lelaki yang saya suka." jelas Nabila dengan nada yang lembut.


Aku sangat terkejut saat itu..Entah nak cakap apa..Lelaki itu juga la yang aku mula-mula mengambil tahu..mungkin dah berkenan kot.huhuhu..


"ohh..Nabila suka dia rupanya.Kenapa tak cakap dengan akak..Nanti akak boleh bagitahu kak dia" Cadanganku sambil cuba sembunyikan sesuatu yang mula aku rasa saat itu.Kini rasa hampa.Cukup lah..usah kenali siapa lelaki itu.


" saya bukan tak nak bagitahu akak cuma..hmmm" jelas Nabila teragap-agap.Dia mula memalingkan wajahnya daripada aku.


" cuma apa Nabila, cuba bagitahu akak..mana tahu akak boleh tolong" 


" hmm..akak ingat lagi tak surat yang akak dapat tu. lelaki yang kirim surat itu dia akak!..Dia!..Dia  suka akak bukan Nabila" Jelas Nabila dengan nada yang lembut kelihatan wajahnya berubah..Moodnya sedih.



Aku  terkejut berut dibuatnya,sangat-sangat.Selama ini lelaki yang selalu solat berjemaah denganku di surau bersama-sama pelajar lain itulah dia pengirim surat cinta tuh..Dalam diam dia yang suka aku.Tambahan lagi,sahabatku, Nabila juga menyimpan perasaan yang sama kepada lelaki yang sama.



Keesokkannya,


aku membalas surat lelaki itu yang kini ku mula mengenali siapa dia.



" Assalamualaikum,

Maaf atas kelewatan membalas surat ini.Sebab saya tolak awk sebab sy rasa usia kita terlalu muda.lagipun awak lebih muda daripada saya.Maaf..


saya yakin awak akan dapat perempuan yang lagi baik daripada saya.


Maaf..




- sekian coretan surat cinta dulu-




* aku belum pernah berkapel lagi yew sehingga kini,huhuhu..saya tidak mencintai dia pun




































Laluan Alam Mistik



Segala-galanyanya bermula entah bila ku pun tidak pasti semuannya itu, Berkali-kali ku cuba melupakan semua itu.Tapi apakan daya aku tidak mampu.Susah untuk terangkan seseuatu yang ganjil atau pun berbeza daripada kebiasaan.Ok, tidak mengapalah jadikan iktibar baik buruk daripada cerpen pendek ini.


Pada Hari itu, Aku deman,badanku panas dan sangat panas,bila, tibanya waktu senja menjelang maghrib aku mula menggigil ketakutan..takut,,takut sangat-sangat.Pada waktu itu, mataku mula melihat dunia yang berbeza, satu pandangan yang penuh misteri.Semuanya dengan izin Allah.Dia lah yang memberiku pandangan ini..

herkkkkkk..Herkkk...( x ingat bunyi tu..maaf)

suara mahluk itu menghampiri ke pendengaranku.Aku makin takut, tanganku mula menggigil, aku rasa darahku mula mengalir sejuk ke seluruh badan yang tak berdaya ini..Mukaku pucat..memang pucat..Mahluk itu mula menampakkan dirinya dihadapanku, bukan seekor tapi berbilang-bilang ekor mengerumi aku.Aku merauang ketakutan sambil merapu-rapu.

" pergi kau!!..pergi!, jangan kacau aku..Pergi!!" jeritku dalam keadaan cemas.

Mak aku pun datang menenangkan diri ini,Mak aku x faham apa yang aku rasa, dia x faham apa yang cuba aku katakan kepadanya sebab dia tidak nampak apa yang aku nampak dengan  mata kepalaku sendiri.Entah susah nak cakap..sebab tidak semua orang nampak benda-benda macam ni.

Mak meletakkan mukaku ke atas ribanya,sambil meletakkan tuala diatas dahiku..ya, badanku makin panas.

" Mak..tolong mak,ada benda yang makin menghampir nak capai anak mak!!" terangku dalam ketakuatan.Mataku jelas melihat benda itu semakin hampir ke arah aku...yew...hampir sangat-sangat.Aku takut.Sepertinya ibuku tidak mengendahkan semua itu..Mungkin dia fikir aku hanya merapu-rapu sahaja.Ibuku mengambil senaskah al quran dan terus membacanya.Mukaku pula bertambah pucat kerana mahluk itu benar-benar bereada hampir denganku.Mahluk itu tidak la besar,bermata merah yang boleh berubah2 saiz matanya.Mahluk itu melihatku ketakutan, lalu dia makin menghampiriku secara beramai-ramai.Aku merauang ketakutan.

" Makkk!!..tolong..adik!! ada mahluk depan akak ini, kamu tidak nampak kah??!!" Laungku ketika mahkluk itu makin hampir denganku.

"Akak!!..ape yang akak merepek ni??!!. tidak ada apa-apa pun di ruang tamu ini.Akak tolong hentikan semua ini..Hentikan!Adik tidak nampak apa-apa pun!!." jelas adikku sambil sibuk menyiapkan tugasan sekolahnya.Matanya lebih berfokus untuk menyiapkan tugasan sekolahnya berbanding mengambil tahu semua ini..

"Ya Allah, tidakkah mereka nampak apa yang aku nampak sekarang, Hanya aku sahaja yang mampu melihat mahluk ini..Hanya aku?!.Yew, sekarang aku dah faham, semua tidak nampak apa yang cuba aku katakan itu kerana mereka tidak diizinkan melihat semua itu.Mungkin Tuhan ingin mengujiku, menguji iman yang semakin kurus, yang semakin nazak dengan duniawi.Hanya sia-sia sahaja saat aku cuba menjelaskan kepada keluarga kerana mereka tidak nampak apa yang aku mampu lihat dan juga kalian selaku pembaca.


Mahluk itu merubah mukanya kepada yang lebih hodoh,Aku menjerit ketakutan,tiada seorang pun yang mampu memahami saat itu,Bibirnya yang biasa-biasa mula mengeluarkan taring dan menuju kearahku..Aku takut, aku mengangkat tangan sambil menutup mataku dalam keadaan mengigil ketakutan, Dengupan jantung jelas dapat kudengar saat itu,,memang jelas..dup..dup..dup..Bila mahluk itu berterbangan dan menlanggar aku mereka hilang entah kemana..Bukan seekor dua tapi ramai,ibarat sekumpulan besar.Mereka boleh menghampiriku cuma mereka tidak berjasad seperti manusia biasa, mereka ghaib aku hanya mampu melihat bentuk kejadiaan mereka namun aku tidak boleh  menyentuh atau bercakap dengan mereka, Hanya kemunculan mereka..Tapi disebabkan muka mereka yang hodoh mereka mengusik-gusikku.Saat semua tidak percaya pada kata- kataku,mahluk itu mula ketawakan aku beramai-ramai.Aku menutup kedua belah telingaku dengan tapak tangan ini.Aku benci dengan ketakutan yang aku rasa saat itu..benci sebab takut..benci sebab aku tidak mampu menjelaskan segalan-galanya kepada orang lain terutama ibuku sendiri.


Saat itu, yang bolehku lakukan cuma menangis dan menangis,Samada malam atau siang sama sahaja.Aku masih mampu melihat semuanya..Jelas di mataku semuanya.Saat orang lain tidak mampu memahami semua ini,Saat inilah aku makin dekat dengan Allah,Semuanya dengan izin daripadaNya supaya aku tidak melupakannya.Allah baru sahaja menunjukkan sebahagian kecil daripada alam ghaib tidak semuanya lagi..Itu pun aku amatlah takut ini pula azab Allah and semua yang Allah cipta dan semua yang Allah ghaibkan sehingga saatnya tiba.Aku tidak mampu untuk menghadapinya..sungguh alam ghaib itu sangat la dahsyat!

Percayalah,
 Saat hijab di buka untuk kalian, walau sekuat mana pun kalian belum tentu kalian mampu hadapi.Ianya ganjil dan kalian perlu hadapi dengan liku sendiri,Tiada sesiapa yang mampu memahami atau bercakap tentangnya  melainkan dengan IzinAllah jua mereka mampu.




TAPI UNTUK SEKARANG SAYA TIDAK MAMPU MELIHAT SEMUANYA LAGI,ALLAH DAH TUTUP HIJAB UNTUK SAYA SEBAB JUJUR MEMANG SAYA TAKUT TERLAMPAU 
TAKUT, BUKAN KITA JEW MAHKLUK ALLAH RAMAI LAGI!! 

 CUMA KITA YANG DIHIJABKAN PENGLIHATAN UNTUK MELIHAT MEREKA..SEANDAINYA KALIAN MAMPU MELIHAT, BERTASBIHLA KALIAN HARI-HARI SEBAB TAKUT YANG TIDAK MAMPU DIGAMBARKAN MELALUI GAMBARAN MAHUPUN PENULISAN INI SENDIRI.



_ SEKIAN CORETAN 25/8/15 _








Misteri Malam Jumaat

Masa malam jumaat sekitar pukul 9.30 malam.ketika itu aku masih tinggal di sebuah asrama di sekolah. asrama sekolahku terletak dikawasan kilang.dan jauh dari sekolah kami.biasanya kami akan menaiki  bas untuk ke kelas disebabkan jaraknya yg agak jauh.tambahan pula asrama ini terletak diatas kawasan tanah agak tinggi..belakang asrama dikelilingi bukit-bukit.Disini kami jarang mendengar bunyi kereta lalu lalang disebabkan di kawasan kilang dan tempat ini agak "KERAS"..

   banyak kes yang pelik2 berlaku di sekitar kawasan perindustrian ini..termaksud kes seorang lelaki berbangsa cina yg merempuh sepohon pokok yg agak besar berhampiran kawasan asrama kami.dan meniggal di tempat kejadian.

%%% kisah pertama dikacau mahluk halus:
          time: malam jumaat

semasa itu, semua kawan aku tengah sibuk membasuh pakaian masing2 kerana esok cuti sekolah.Malam itu,aku ingin ke sebuah bilik study untuk belajar.

disebabkan semua sedang sibuk dengan urusan masing2..aku terpaksa ke bilik study sorang2.aku nak ulangkaji itu je niat aku masa tu.Aku dah x fikir apa2 pun yg lain. dalam bilik study ni ada banyak kerusi dan meja yg tersusun rapi.disebabkan waktu malam,keadaan sekeliling bilik study agak gelap tambahan pula asrama kami dikelilingi oleh pokok usang yh telah berusia bertahun lamanya namun masih utuh.Di hadapan bilik study ni,ada sebatang pokok yg tua, batangnya berwarna kelabu putih...nampak pelikkan warna batang pokok warna putih kn??..dulu aq pun takut tapi aku x mahu kacau pokok tu..yg aku mahu habiskan ulangkaji ni.


Semasa aku sedang sibuk mengulangkaji pelajaran aku rasakan sesuatu yang aneh..perasaanku tiba2 berasa tidak selesa.Namun aku biarkan sahaja..
"ARRRGHH..mainan perasaan tak akan menghentikan niatku."


tiba-tiba aku terdengar bunyi kerusi bergerak..betul2 dalam bilik study tu.yang peliknya tidak ada satu pun kerusi tu bergerak namun bunyinya seperti ada yg menarik kerusi dalam bilik tu dengar kasar.Aku agak takut namun aku tidak menghiraukan bunyi itu..mungkin mainan perasaan fikirku.Dalam fikiranku Hantu x wujud hanya rekaan dalam filem semata-mata.Aku mula sambung belajar tanpa menghiraukan bunyi yg semakin lama, semakin menghampiriku.

" setelah beberapa minit, aku sudah tidak tahan dah lalu aku berkata dalam hatiku.."kalau benar kau ada mesti aku dapat lihatkau .baru aku akan percaya..kau dengan aku berada di dunia yg lain..jangan ganggu aku..dan..Aku takkan sesekali keluar dari bilik ni..even macam mana pun kau buat...

" tiba2 kerusi yang berada hampir disebelahku ditarik dengan sendirinya.aku terkejut sanagt2...tapi aku tampar muka aku sendiri...lalu..aku kata " ini hanya khayalan kau..jagn tertipu.." lalu aku sambung belajar lagi...kemudian kerusi disebelahku pula yang tertarik dengan sendirinya..aku terkejut kerana aku melihat bagaimana kerusi itu bergerak sendiri keluar dari meja belajar tanpa ada sesiapa pun yg menolaknya...

sepantas kilat, aku kemaskan semua buku2.kemudian keluar dari bilik belajar tu...sepanjang hidup aku, x kan sesekali aq lupakan peristiwa nie...sampai mati ia menjadi memori yg menakutkan.

SEKIAN CERITA DRI PENGELAMAN SY SENDIRI...THANK SBB SUDI BCA..



Saturday, 25 April 2015

PEREMPUAN PILIHAN HATI





PERBUALAN ANTARA 2 LELAKI:

LELAKI 1: Weh..sejuknya mata aku tengok awek tudung labuh uh..sopan je haa..senyum pun manis..mesra..handsock..stokin..x lepas..perghh..kalu dapat jadi bini..

LELAKI 2: cube kau tengok awek yang aku ushar pulak..

LELAKI 1: manakah?

LELAKI 2: tuh..

LELAKI 1: Kau biar betul..dia tu dah la x suka senyum..stokin x pakai..macam kera sumbang jew.Jarang la aku tengok lelaki cakap dengan dia..x mesra alam tau..ish kau ni biar betul..

LELAKI 2: apa yang tidak betul?



LELAKI 1: kau kan budak surau..setiap subuh sampai insyak kau yang iman..budak pandai..setiap sem dekan..kau jaga batas pergaulan kau  antara lelaki dengan perempuan..hari2 baca al quran..Kira kau ni perfect la sbagai lelaki soleh..x kan kau nak perempuan macam dia?

LELAKI 2: Kau tengok awek pakai tudung labuh yang kau ushar tuh

* si awek tudung labuh sedang duduk bertiga di meja cafe..2 perempuan dan seorang lelaki..gadis itu berhadapan si lelaki..bertentangan mata..kadang kala ketawa manja..sampai menepuk bahu lelaki itu dengan sengaja...

LELAKI 2: kau faham sekarang? yang bertudung labuh tidak semestinya baik..kau tengok gadis pilihan aku pula

*gadis yang duduk bersendirian itu didatangi seorang lelaki..

LELAKI 1: siapakah itu weh?

LELAKI 2: Seorang sahabat yang aku upah untuk uji gadis itu..

* lelaki itu duduk disebelah gadis itu..gadis itu bangkit duduk di meja sebelah..wajahnya tiada senyuman seketika ternampak lelaki itu berbicara..si gadis tidak langsung memandang wajah lelaki itu tetapi membalas bicara si lelaki sekadar untuk beradab..kemudian si gadis meminta diri dengan wajah yang merah padam.

LELAKI 2: kau nampak perbezaannnya? Mungkin gadis pilihan aku tidak bertudung labuh..itu tidak menjadi masalah kerana bagi aku pakaian dia sudah mengikut syariat..tidak ketat..tidak menampakkan dada..tidak berstokin..itu bolehku ajar perlahan2 apabila dia menjadi isteriku..

LELAKI 1: Kau pastikah kebaikan dia bukan dibuat-buat?

LELAKI 2: aku sudah menguji dia sejak masuk kolej ini lagi..setiap hari aku dan dia akan masuk ke surau pada waktu yang sama aku masuk kecuali subuh..aku dengar dia mengaji..perlahan dan sayup suaranya..kadang2 aku dengar dia menangis tatkala berdoa. aku juga selidik dari adik perempuanku yang blaja di sini..dia seorang senior yang baik..dia pandai masak.setiap hari isnin dan khamis dia akan berpuasa dan sedekahkan beberapa bungkus makanan kepada adik2 dan kawan2..dia selalu membuka kelas membaca al quran kepada junior yang berkeinginan..dia seorang yang periang lagi manja..bkn pemarah..ringan tulang membantu..sentiasa senyum..sebab itu banyak junior perempuan menyayanginya..cuma itu disembunyikan hanya untuk si suami..sbb itu aku cakap yang tudung singkat tidak semestinya jahat..yang bertudung labuh tidak semestinya beragama..Aku pernah lihat..sewaktu di cafe..ada dua ekor kucing datang menghampirinya..lalu dia bahagikan lauknya kepada kucing2 itu.Dia meneruskan makan tanpa lauk

sebab itu aku memilih dia..kerana agama yang dipegangnya..bukan kerana labuhnya tudung dia..

LELAKI 1: owh..maafkan aku sahabat

LELAKI 2 : x mengapa..cuma aku tercari waktu yang sesuai untuk mengkhitbah (pinang) dia..

LELAKI 1: Aku doakan yang terbaik untuk kau sahabat..

LELAKI 2: in shaa Allah..Alhamdulillah..Bukan labuhnya tudung seseorang itu menjadi ukuran.tetapi labuhnya sikap zuhud dan tawadhu' dalam diri itu menjadi pengukur iman.


SALAM PERKONGSIAN DARI TEMAN FACEBOOK.
KREDIT KEPADA EMPUNYA ADMIN ASAL.






































Perbaiki Diri untuk yang terbaik

Pesanan untuk diriku dan muslimat ;
" dalam lingkungan umur 18-22 memang hati dan diri kita berada di KLIMAKS nak cari pasangan, nak nikah, nak nikah muda kononnya, ada target kononnya.
Berjaga-jaga dengan hati kita. Fitrah kita ada rasa itu semua. Semua akan kita alami, terlebih-lebih lagi seorang MUSLIMAT. Asyik nak fikir soal kahwin, sampai terlupa pasal ajal. Pasal seorang muslimat yang akan jadi 'Madrasah Tarbiyyah'.
Macam mana nak nikah? Baca pun tak pandai, nak tarbiyyah untuk jadi tabah entah kemana. Kita ni nanti madrasah untuk anak-anak. Kalau kita pun tak nak cari ilmu, tak nak tahu pasal agama, agak-agak yang lahir dari rahim kita nanti akan jadi pejuang agama? Akan jadi mujahid mujahidin Islam?
Tak salah nak fikir pasal soal jodoh, nak minta pada Allah jodoh kita yang baik-baik tetapi ustaz/ustazah ada cakap, ' jodoh kita adalah cerminan dari diri kita jadi antumna tahu diri antumna macam mana ? '
Ilmu pun tak sampai sebesar zarah. Bangun qiam pun kadang-kadang alarm yang kejutkan. Walaupun dah dikejutkan, tu pun belum tentu akan bangun, dhuha pun kalau sempat baru buat. Nak baca al-quran pun malas. Lepas tu, asyik fikir soal kahwin.
' terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta, di akhir solat sentiasa dalam doa sebut pasal jodoh '
Bila Allah hantar betul-betul,
Terus setiap masa ingat kan 'jodoh' ,
Masa makan, masa belajar,
Sampaikan waktu solat pun asyik terbayang. Nak baca al-quran pun dah tak kusyuk macam sebelum ini.
Allah
Cepat sungguh lupa pencipta
Bila dah pandai kenal pencipta
Kononnya, bakal imam
Tak sedar diri ni tak lama lagi akan jadi jenazah.
Betullah kata seorang murabbi ini,
' malapetaka besar itu datangnya dari percintaan '
Niat sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan. Kejar balik. Cari balik.
Kadang, bila dah niat lari. Automatik Allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ini.
Jodoh,
Jangan hadir disaat sedang mencari cinta ilahi. Kerana hati ini lemah.
Iman ini goyah
Diri ini terkadang lemah
Cinta? Hati?
Simpan untuk yang layak memiliki
Biarlah untuk ilahi
Jika kerana dia, menjadi lalai dari menyintai ilahi. Berusahalah untuk menjadi bidadari syurga, serikandi Islam & madrasah tarbiyyah.
InshaaAllah.
- Insan Biasa ( Al-Qalam )

Cerita" Ayahku kenapa x bagi pakai purdah?"







"Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!"
Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam.
Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara.
"Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?"
Anaknya menggelengkan kepala.
"Sudah cukup asas yang wajibnya. Sudah tutup yang mana wajib tutup. Adakah ayah nak halang saya dari pakai niqab sebagaimana pakaian isteri Nabi s.a.w.?"
Ayahnya cuma tersenyum.
"Tidak. Ayah bukan nak halang. Tidak juga menidakkan andai dikatakan purdah itu jua sunnah sebagaimana lelaki memakai serban. Sedikit pun bukan kerana hukum."
Anaknya berpeluk tubuh, tidak puas hati.
"Habis tu?"
Ayahnya tenang.
"Berapa ramaikah lelaki yang mengganggu kamu sampai saat ini? Seorang, dua orang atau dua puluh orang?"
Anaknya berkerut kening.
"Tidak sampai sepuluh orang."
Ayahnya bertanya lagi.
"Dari manakah gangguan itu, realiti atau alam maya? Jujur."
Anaknya berkerut kening lagi.
"Hmm. Jujur cuma dari alam maya. Di realiti, kadang-kadang tidak dipandang pun. Tidak diberikan perhatian pun. Anak ayah bukannya awek cun yang diseru-seru lelaki di jalanan. Yang difeewit-feewit. Ayah kenal anak ayah."
Ayahnya tenang lagi bertanya,
"Gangguan itu disebabkan gambar-gambar yang menarik mata, kan? Gambar-gambar tahap 'gambar harapan palsu', iaitu gambar edit yang menyebabkan seseorang melihatnya sambil berharap mahukannya. Sedangkan ianya bukan kamu.
Jadi, gangguan datang kerana tindakan siapa, kamu atau mereka?"
Anaknya diam sejenak.
"Saya."
Kemudian, anaknya menjawab tidak puas hati,
"Apa kaitannya dengan semua ini? Salahkah saya nak pakai juga?"
Ayahnya duduk di beranda sambil menikmati angin senja.
"Tak salah. Ayah tak sebut tentang salah.
Cuma, lihatlah pada cara, gaya dan luahan ketidakpuashatian kamu sejak semalam, cuba cerminkan kembali. Muhasabah diri kembali. Adakah begitu akhlaknya seindah pakaian yang mahu dipakai. Adakah begitu caranya tidak puas hati kamu luahkan pada ayah sendiri? Di mana adabnya?
Bukan ayah agungkan pakaian, atau hormati tinggi melangit pakaian yang menutup muka itu, cuma ayah lebih pentingkan agama yang anak ayah bawa ini.
Ayah mahu, anak ayah berperilaku dengan pakaian yang lebih indah dari pakaian niqab, iaitu pakaian akhlak. Indah akhlak kamu, sudah cukup untuk menjaga diri kamu.
Bukan niqab yang sebenarnya menjaga kamu. Tapi, pembawaan diri kamu sendiri. Jalan mana yang kamu pilih. Kematangan fikiran dalam menentukan mana yang baik, mana yang tidak.
Selagi ayah hidup, ayahlah yang bertindak sebagai niqab kamu. Ayahlah yang melindungi kamu dari lelaki-lelaki tak guna di dunia ini. Ayahlah yang tempias sahamnya andai ayah gagal kawal anak gadis sendiri.
Menutup aurat yang wajib itu dituntut. Untuk melengkapinya, hati yang hitam juga perlu ditutup dari dosa-dosa.
Niqabkan hati dengan agama yang mantap.
Insya-Allah, selamat dunia dan akhirat.
Akhir kata dari ayah, kamu nak pakai atau tidak, itu terserah. Tiada halangan dari ayah."
Ayahnya mundur ke dapur goreng cekodok.
Anaknya terkebil-kebil sendirian. Nampak macam nak menangis.



sekian kisah drp perkongsiaan entah dari  mana..huhuhu..

Couple?

Wahai couple-couple di luar sana,
Benarkah kamu yakin couple kamu itu akan menjadi suamimu atau isterimu ?
Adakah kamu pencipta takdir ?
Islam itu mudah, jodoh itu mudah.
Kerana ianya telah ditentukan dalam khazanah ghaib Allah SWT. Tak perlu lagi kamu bersusah-payah mencarinya, semuanya telah Allah tuliskan dalam kitab "Law mahfuz" sejak kamu berada didalam kandungan.
Tergila-gila kamu percayakan couple kamu tanpa memikirkan maruah dan harga diri kamu, maka bersedialah untuk rasa menyesal dan menderita apabila ditinggalkan dan dicurangi.
Sering terjadi ! Biasa terjadi !
Malah, syaitan juga telah menyuntik dengan jarum penzinaan yang bakal kamu akan hadapinya !
Jangan lupa, iblis adalah "Profesor Madya" dalam bidang menggoda dan memerangkap manusia !
Ya, memang benar masa remaja hanya sekali, tapi "dara" juga hanya sekali ! Mati juga hanya sekali !
Kekasih kamu boleh berubah dengan sekelip mata. Tetapi "kenangan dan kesan" itu takkan berubah buat selamanya !
Tidakkah kamu bimbang semua itu ?
Tidakkah kamu takutkan dosa ?
Tidakkah dosa itu akan mengheret kamu ke neraka ?
Jika kamu berakal, jauhi couple,
putuskan sekarang ! Atau jumpa kedua ibu-bapa untuk berbincang.
Ingat,
Jodoh itu mudah, yang jadikan susah itu 'bodoh' !
‪#‎Kesian_dan_sekian‬,
(Yang sedang jelik melihat adegan tidak halal ) colonthree emoticon

Saat Perginya Dia Selama-lamanya







Sekitar 6 tahun lalu berlalu lah satu tempoh yang agak pahit bagiku.Saat orang yang paling aku sayang pergi tinggalkn aku buat selama-lamanya.


Pagi itu aku sedang bersarapan dengan keluarga tercinta.Tiba-tiba hadir seorang lelaki ke rumah kami memaklumkan bahawa " Mek" telah meninggal dunia.Saat itu aku rasa sangat-sangat tertekan.Nasi yang aku berselera makan pada awalnya kini tidak ku sentuh lagi..fikiranku kosong..yang aku fikir hanyalah "Mek".Selama aku kecil banyak  masa dihabiskan dengan "Mek".Wanita itu yang mendidik,membesar dan menyanyangi aku selain daripda ibuku.Aku sangat sayangkan dia.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu.


Aku bersiap-siap segera ke rumahnya..aku rindu sangat-sangat..saat aku tiba di halaman rumahnya.Semua orang di kawasan itu tertumpu ke arah kami sekeluarga..Aku tidak peduli akan mereka yang ku peduli adalah Mek..saat aku masuk ke pintu itu aku lihat satu jasad yang tidak bernyawa lagi..ditutupi oleh kain kafan yang putih dan bersih..Aku hanya mampu menatap..Tanganku tidak mampu untuk membuka kain yang menutupi wajah wanita itu..aku tak sanggup..aku tak mampu..aku hanya duduk berhampiran jasad itu..saat itu aku lihat surah Yassin namun aku tidak tahu membacanya,,Aku cuba tpi aku x boleh..aku tidak pandai membaca al-Quran mugkin sebab gelapnya hatiku..itu yang membuatkan sukarnya untuk aku pelajari kitab suci itu..Ilmu itu juga suci..







Saat itu aku baru sedar..aku menyesal disaat orang yang ku sayang pergi..aku antara orang yang disayanginya namun tidak mampu membaca walau satu ayat pun dari surah Yassin di saat kematiaannya.Aku hanya mampu sedekah al fatihah sahaja..hatiku pilu..hatiku sakit..Ini sahaja yang ku mampu..saat itu aku terfikir segala2nya..Alangkah indahnya jika Al Quran itu ku pelajari sepenuh hati.

Setelah selesai membaca ayat yang ku tahu..Jasadnya sedia di ke bumikan.Aku hanya mampu melihat..tidak mampu berkata apa-apa..jasadnya yang dibaluti kain yang putih ku tatap berkali-kali..selepas ini tiadalah insan itu..insan yang paling aku sayang..aku bahagia kerana dia..

Tangan Ayahku aku cium..hatiku menagis namun aku kawal dan tahan sahaja..hatiku rapuh aku rasa seakan kehilangan segala-galanya,,jiwaku kosong ..sepi mula menggisi waktu yang ada saat itu.Aku menggelamun mengingati saat arwah masih ada..

Hari-hari semakin berlalu, ruang waktu yang seakan-akan terhenti saat dia pergi. yang ada hanyalah Aku,sepi dan memori.Waktu yang kemudiannya aku cuba perbaikkan diri.Tidak apa kita tidak dapat bertemu sekarang..Di syurga nanti kita pasti bertemu lagi..di situlah hidup abadi tercipta..Ianya SYURGA..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;



Dress singkat dan seluar pendek tidak ku pakai lagi...mama aku bakar semuanya,..Saat itu dia berpesan seandainya diriku tidak mahu memakai pakaian yang lebih baik ketika berada di luar rumah maka dia kan bakar semua pakaian itu tanpa perlu meminta persetujuaan ku terlebuh dahulu.Namun aku endahkan sahaja..pada fikiranku saat itu mana mungkin mama akan berbuat demikian.Itu pasti ugutan dia semata-mata.Tetapi dia benar-benar berbuat demikan.Semua pakaianku dibakar kecuali baju kurung sahaja.Aku terkedu saat aku mencari dimanakah pakaiaanku itu aku lihat ada asap dari luar rumah..sudah pasti itu pakaianku yang dibakar oleh ibuku.Ada hikmah disebalik tindakannya itu.


Saat itu aku marah sangat-sangat.Aku tidak bercakap dengan ibuku..Pertuturanku dari hari ke hari  makin kasar sahaja dengannya.Aku juga sering menipu ibu bapaku " Aku masih rasa tidak puas hati..aku ingin memberontak!!" desak hatiku ketika itu.Aku tahu ibu dan bapaku sedih..pasti mereka merasakan betapa aku membenci diri mereka saat itu.Aku akan keluar rumah berkawan dengan kawan-kawan di kejirananku dari pagi sehingga matahari hampir terbenam.Itu saat waktu cuti sekolah.Saat yang paling enjoy sebagai gadis yang bakal menjengok ke alam yang lebih dewasa.


Bila aku tahu ibu dan ayahku marahkan aku sebab balik lewat ke rumah,Aku langsung tidak pulang ke rumah seharian.Aku tidur sahaja di rumah kawan-kawanku.Aku tidak memaklumkan keberadaanku.Kesihan kedua ibu bapaku setelah penat berkerja mereka perlu mencari aku lagi.Aku tahu diorang risaukan aku sebab diorang sayangkan aku namun jiwaku masih muda dan tidak matang saat itu.Aku hanya ingin seronok..Solat pun entah ke mana..hormat orang tua pun aku tidak.Ya Allah teruknya aku pada saat itu.Tabahnya ibu bapaku membesarkan anak perempuan yang nakal dan jahil seperti aku.



Tekadku untuk jadi yang lebih baik bermula..berazamkan semangat yang masih berbaki aku bangkit mewarnai hari..orang yang sudah pergi tidak mugkin akan kembali..Aku bersungguh belajar ilmu-ilmu akhirat daripada buku-buku, masjid dan laman sosial.Daripada bertudung sekejap tak..aku cuba untuk bertudung sepenuhnya..perkataanku aku jaga..pergaulanku aku bataskan. Hubungan yang rapat antara aku dengan kawan-kawan lelakiku aku elakkan.Aku mula lembutkan bicaraku bila berhadapan dengan orang lain lebih-lebih lagi kedua ibu bapaku.Aku ingin tebus semula kesilapanku di masa lalu.





Cukuplah, aku ingin menjadi seseorang perempuan yang lebih baik daripada dulu..Aku ingin merubah diri,,aku ingin arwah banggga kerana telah membesarkan dan mempunyai aku sebagai cucunya.Dan aku ingin menjadi anak yang berjasa kepada orang tuanya.Aku mahu ibu dan ayahku tahu bahawa siapa aku sekarang adalah hasil didikan mereka selama ini.Berkat kesabaran mereka menasihati dan mendewasakan aku menjadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan agama.








SEKIAN SAHAJA CORETAN CERPEN INI..



TIDAK MENGAPA LAMBAT BERUBAH
LAMBAT BELAJAR
YANG PENTING KITA ADA
KEMAHUAN UNTUK BERUBAH

LUPAKAN MASA LALU
YANG PERIT
FOKUSKAN DIRI KEPADA MASA DEPAN
MASIH BANYAK CABARAN YANG BAKAL MENANTI
SESUAI DENGAN TAHAP KEIMANAN KITA
SESUNGGUHNYA ALLAH
 ITU MAHA PENYAYANG.