Iklan

Saturday, 25 April 2015

Perbaiki Diri untuk yang terbaik

Pesanan untuk diriku dan muslimat ;
" dalam lingkungan umur 18-22 memang hati dan diri kita berada di KLIMAKS nak cari pasangan, nak nikah, nak nikah muda kononnya, ada target kononnya.
Berjaga-jaga dengan hati kita. Fitrah kita ada rasa itu semua. Semua akan kita alami, terlebih-lebih lagi seorang MUSLIMAT. Asyik nak fikir soal kahwin, sampai terlupa pasal ajal. Pasal seorang muslimat yang akan jadi 'Madrasah Tarbiyyah'.
Macam mana nak nikah? Baca pun tak pandai, nak tarbiyyah untuk jadi tabah entah kemana. Kita ni nanti madrasah untuk anak-anak. Kalau kita pun tak nak cari ilmu, tak nak tahu pasal agama, agak-agak yang lahir dari rahim kita nanti akan jadi pejuang agama? Akan jadi mujahid mujahidin Islam?
Tak salah nak fikir pasal soal jodoh, nak minta pada Allah jodoh kita yang baik-baik tetapi ustaz/ustazah ada cakap, ' jodoh kita adalah cerminan dari diri kita jadi antumna tahu diri antumna macam mana ? '
Ilmu pun tak sampai sebesar zarah. Bangun qiam pun kadang-kadang alarm yang kejutkan. Walaupun dah dikejutkan, tu pun belum tentu akan bangun, dhuha pun kalau sempat baru buat. Nak baca al-quran pun malas. Lepas tu, asyik fikir soal kahwin.
' terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta, di akhir solat sentiasa dalam doa sebut pasal jodoh '
Bila Allah hantar betul-betul,
Terus setiap masa ingat kan 'jodoh' ,
Masa makan, masa belajar,
Sampaikan waktu solat pun asyik terbayang. Nak baca al-quran pun dah tak kusyuk macam sebelum ini.
Allah
Cepat sungguh lupa pencipta
Bila dah pandai kenal pencipta
Kononnya, bakal imam
Tak sedar diri ni tak lama lagi akan jadi jenazah.
Betullah kata seorang murabbi ini,
' malapetaka besar itu datangnya dari percintaan '
Niat sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan. Kejar balik. Cari balik.
Kadang, bila dah niat lari. Automatik Allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ini.
Jodoh,
Jangan hadir disaat sedang mencari cinta ilahi. Kerana hati ini lemah.
Iman ini goyah
Diri ini terkadang lemah
Cinta? Hati?
Simpan untuk yang layak memiliki
Biarlah untuk ilahi
Jika kerana dia, menjadi lalai dari menyintai ilahi. Berusahalah untuk menjadi bidadari syurga, serikandi Islam & madrasah tarbiyyah.
InshaaAllah.
- Insan Biasa ( Al-Qalam )

No comments:

Post a Comment