Iklan

Saturday, 9 January 2016

Part Akhir Hijrah Cinta:


Rosya masih menanti kedatangan Alisa.Hatinya berdebar-debar mahu melihat perubahan Alisa.
"Assalamualaikum.."sapa seorang gadis berjalan menghampirinya.Rosya melihat gadis itu menutup aurat dengan sempurna.Tudungnya juga bidang labuh 60 iaitu bidang yang agak labuh.Dia juga berkasut.
"Waalaikumusalam..
Alisaa!!"jerit Rosya terkejut lantas memeluk kawan baiknya itu.Dia berasa sangat gembira serta kagum.Alisa sudah berubah 360 darjah.Pakaian sopan mengikut syariat.Ada hikmah disebalik pemergianya ke London.
"Alhamdulillah..Allah buka juga pintu hati kau Alisa..alhamdulillah.." tambah Rosya lagi.Bahagia mula menular di hati Rosya.
"Yew..Allah sayangkan aku.Dia berikan aku hidayah untuk berubah.Aku yang selama ini buta dan tuli kerana aku terlalu ghairah mengejar keseronokkan duniawi.Hidup dengan berTuhan lagi indah.Aku rasa lebih bahagia bila aku makin dekat dengan Allah."Jelas Alisa mendalam dari jiwanya.Dia bersyukur kerana dia diberi peluang untuk berubah sebelum terlambat.
"Tapi Alisa, macamana kau boleh berubah kat sana?"Tanya Rosya kehairanan.
Alisa tersenyum.
"Amir..masa aku cuba lupakan Faris semasa kat London,dia lah yang banyak ingatkan aku.Amir ada hantar beberapa email semasa aku kat sana. Dalam tulisannya dia mahu aku hidup kembali berTuhan.
Amir juga pesan :
"Kalau kita hidup berTuhan,walau sakit macam mana pun hidup kita masih boleh bertahan sebab Allah sentiasa bersama kita.Nescaya,kita akan jadi kuat pada hati dan iman.Itu yang kita perlu buat..pilih lah untuk hidup dekat dengan Pencipta." Terang Alisa bersungguh-sungguh.Wajah Amir terbayang di fikirannya.
"Ohhh..macam tu.Amboi Amir bukan main lagi dia pedulikan kau..ada perasaan apa-apa Kew??!" Usik Rosya bersahaja.
Muka Alisa bertukar kemerahan - merahan menahan perasaan malu.
"Andai kau tahu akan sesuatu" bisik hati Alisa kepada kawannya.
"Btw kan,Amir dah tak mengajar kat situ dah..Dia dapat tawaran menjadi pensyarah muda dalam bahagian ussuluddin di University Al - Azhar, Mesir.Dah lama aku tak nampak Amir." Jelas Rosya memaklumkan kepada Alisa.
Muka Alisa mula berubah..terasa sayu.Amir tidak pernah memaklumkan tentang pemergiaanya ke Mesir ketika dia di London.
"Ohhh..begitu."ujar Alisa.Semangatnya makin hilang.Dalam fikirannya ketika dalam penerbangan ke Malaysia,dia mahu menjawab pertanyaan terakhir daripada Amir.Dia menunggu untuk memberi jawapan yang tepat kepada Amir.
"Kau ok?"Tanya Rosya apabila melihat Alisa seakan tidak bermaya bila diberitahu tentang Amir.
"Ohh..ok jew."
"Jom masuk ke dalam masjid.Usrah dah nak bermula ni."pelawa Rosya.Dia menarik Alisa ke tempat usrah.
Alisa mengikut sahaja.Ini kali pertama dia berada dalam kumpulan usrah.Sememangnya dia berasa janggal.Rosya memperkenalkan ahli usrah yang lain.Mereka saling berkenalan antara satu sama lain.
"Baiklah..Naqib sudah menunggu tuh..jom berkumpul" Ajak seorang ukhti.
Kumpulan usrah itu mencampurkan lelaki dan perempuan.Walaupun sedemikian, mereka duduk beransingan cuma dalam satu kumpulan usrah yang sama.Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dilarang keras dalam usrah.
"Assalamualaikum semua..kita mulakan usrah pada petang ini dengan bacaan al fatihah."Naqib memulakan pembukaan usrah.
Ahli kumpulan usrah sama - sama membaca a Fatihah.Kemudian Naqib bersuara lagi:
"Hari ini,ana mahu menjemput sahabat ana memberikan sedikit perkongsiaan ilmu.Dia dalam perjalanan ke sini.Harap kalian bersabar untuk seketika."
Semua tertunggu.Dalam 5 minit kemudian datang seorang laki bersongkok ke arah kumpulan usrah.
"Ini dia sahabat ana.Amir namanya. Dia baru pulang ke tanah air kelmarin.Merupakan seorang pensyarah muda di University Al-Azhar."Terang naqib.
Mendengar nama itu,Alisa segera memandang ke hadapan.Di saat matanya memandang ke arah Amir, Amir juga sedang memandang tepat ke arahnya.
"Alisaa?!"detik hati Amir agak terkejut.Dia terkejut dengan penglibatan Alisa di situ kerana sudah 2 tahun mereka tidak bertemu.Amir melihat Alisa sudah bertudung.Dia juga mula meninggalkan pakaian yang singkat dengan memakai jubah.Hati Amir tersenyum bahagia.Hatinya tiba-tiba berdebar dan jantungya berdegup kencang di saat Alisa memandang tepat ke matanya.Namun,dia cuba menahan kegusaran di hatinya.
Alisa di London,Amir di Mesir.Dua budaya yang berbeza dilalui mereka selama dua tahun.Dalam tempoh dua tahun mereka menjauh tapi hati semakin mendekat.
Alisa sudah diam dalam malu.Dia tidak menyangka akan bertemu Amir di masjid itu.Hatinya mula berbunga-bunga.Saat Amir sedang memberi perkongsian ilmu,Alisa curi-curi pandang.Saat itu,wajah Amir berubah.Mukanya hensem ditambah dengan kemanisan senyumannya.Benar-benar mencuit hati Alisa.
"Allah.."ucap Alisa dalam hatinya.Segera dia menundukkan pandangan daripada memandang Amir lama2.Amir juga perasan bahawa Alisa curi pandang ke arahnya.Jantungnya berdegup makin kencang.
Selesai sahaja usrah,Amir datang berjumpa Alisa.Ketika itu Rosya ada bersama.
"Alisa..alhamdulillah.
Kamu sudah banyak berubah."
"Allah yang beri saya peluang untuk dekat denganNya."jawab Alisa dengan nada yang agak lembut tidak seperti dulu.
"Alisa..bersediakah kamu menjawab soalan dalam e-mail ketika kamu di London itu?..apakah jawapan kamu?"Tanya Amir cuba mendapatkan jawapan Alisa.Hati Amir berdebar2 menanti jawapan Alisa selama 2 tahun penantian itu.
Dengan lafaz yang mulia bismillah
"Saya terima awak sebagai imam saya.Awak lah yang layak memimpin tangan ini sehingga ke Syurga. Saya mencintai awak kerana Allah.Moga cinta ini dibawah restuNya." Lafaz Alisa tulus daripada hatinya.Debaran makin mengusik jiwa Alisa.
"Alhamdulillah.."Ujar Amir tersenyum bahagia.


- Sekian Hijrah Cinta -

*Moral yang saya cuba sampaikan melalui penceritaan ini adalah walau teruk mana pun kita di masa lampau, Jika kita berubah , Kita boleh jadi yang lebih baik di masa depan.Allah itu maha pengampun so mohon la ampun walaupun menggunung dosa kita .
Usalah terlalu ego kerana ego hanya membinasakan diri sahaja"
Kadang- kadang kita tidak pernah kenal,tidak pernah contact ,tidak pernah berjumpa..walau di mana pun dia..Kalau sudah jodoh bertemu jua
Jangan risau 


smile emoticon
By: Huda Hamzah @
Pemburu Hidayah

Part 7 : Hijrah CintA

Sudah hampir dua tahun Alisa membawa diri di London.Sepanjang harinya di Somer Town London, memori tentang Faris mula dilupakan.Bagi Alisa tempoh dua tahun begitu perit.Bertemankan salji putih dia meniti hari-harinya sendirian di sana.Bukan mudah untuk melupakan lelaki yang berjaya bertahta di hati itu.
Alisa mula mengemaskan bagasi.Di limpatnya semua pakaian dengan teliti.Alisa mengambil passport di atas meja berhampiran tempat tidurnya dan meneliti tarikh akhir.Hari itu hari terakhir dia menginap di Smart Camden Inn Hostel.Ticket pesawat untuk ke Malaysia sudah diuruskan oleh Dato'Razi ayahnya.Kota London sudah diterokai sepanjang berada di sana.Cukup menarik.
Alisa membuka langsir biliknya.Dia melihat suasana luar di tempat penginapannya masih bersalji tebal.Kelihatan dua orang kanak-kanak bermain dengan patung salji .Sungguh sejuk suasana diluar itu,dia berasa kagum dengan kanak2 yang masih boleh bermain meskipun dia sendiri tidak tahan dengan kesejukkan luar.
************************
Pesawat sudah memasuki landasan KLIA Alisa sudah tidak sabar mahu bersemuka dengan ayah dan ibu tirinya.Semasa di dalam pesawat,Alisa hanya melayan rindunya terhadap tanah air.
Selepas melepasi sesi pemeriksaan,Alisa menarik bagasinya mencari kelibat Dato'Razi.Dia terlalu rindukan ayahnya itu.
"Alisaa.."laung Dato'Razi.
Alisa segera menuju ke ayahnya.Datin Aisyah,Ibu tiri Alisa turut tersenyum.Hubungan mereka semakin erat.Semasa di London,ibu tirinya tidak lupa untuk menemui Alisa apabila ada urusan business di sana. Keakraban antara mereka mula terjalin.
"Rindu papa ..mama pun"ucap Alisa sambil memeluk ayah dan ibu tirinya.Alisa sudah cukup dewasa.Umurya kini 26 tahun.
"Papa dan mama pun rindu kamu.Sunyinya rumah tanpa kehadiran kamu Alisa" kata papanya kepada Alisa.
Alisa tersenyum.
"Jom pulang ke rumah.Mama dah sediakan masakan untuk kamu..mesti kamu suka." Kata Datin Aisyah.
Sepanjang dalam perjalanan pulang,mata Alisa tidak lepas memandang persekitaran.Dua tahun dia meminggalkan Malaysia.Banyak perkembangan yang berlaku dalam tempoh 2 tahun itu.Alisa
Terpandang Menara berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.Cantik di tengah2 ibu kota.
Di rumah agam Dato'Razi:
Alisa membuka pintu biliknya.Susunan perabut dan barang2 peribadinya masih sama.Tidak diusik sedikit pun.Dia membersihkan apa yang patut.Seterusnya,dia menyusun pakaian yang ada dalam bagasinya.Baju-baju lama yang singkat dibuang daripada almari itu.
"Alisaa..turun makan!"panggil mamanya dari tingkat bawah.Alisa berjalan menyusuri anak tangga ke bahagian dapur.
Kelihatan banyak lauk pauk terhidang di meja makan.Lauk ayam pedas juga dipandang Alisa.Masakan itu mengingatkan Alisa kepada ibunya yang sudah belasan tahun pergi meninggalkannya.
"Sedapnya..yummmy"ujar Alisa.Datin Aisyah tersenyum bahagia mendengar kata sedemikian.Dato'Razi hanya meminum secawan teh halia kesukaannya.Dia hanya mahu menemani anaknya di dapur.
Setelah selesai makan,Alisa berjalan di sekitar beranda utama rumahnya.Dia melihat kolam renang dibawah.Terlintas difikirannya untuk berenang kerana sudah lama dia meninggalkan hobi itu ketika di London.
'Every time,you feel like you can't going,you feel so lose that you are so alone.What you see is..'
Alisa terus mencapai smartphone nya.Lagu 'Insyallah' nyanyian Maher Zain dipilih sebagai ringtone phone.
"Assalamualaium Alisa..kau sudah tiba di Malaysia?"suara Rosya kedengaran.
"Waalaikumusalam..ya,
baru jew tiba ni.Kau kat mana ni tuh?"
"Ohhh..baguslah kau selamat sampai.Aku ada kat Masjid PutraJaya.Ada perjumpaan Usrah."
"Rosya..kau tunggu aku sekejap.Aku nak ikut juga."
"Huh?!"suara Rosya dalam keadaan terperanjat.Dia sungguh tidak menyangka Alisa berminat dalam Usrah.
"OK..aku tunggu."
Alisa terus membatalkan niatnya untuk berenang.Dicapai kunci kereta Honda City di meja biliknya dan terus memandu menuju Masjid Putrajaya.
Rosya menanti-nanti kedatangan kawannya itu.Dia berdebar-debar untuk melihat bagaimana
Perubahan Alisa selama dua tahun di London. Dia risau jika Alisa terkena kejutan budaya kerana Alisa terlalu sosial.

Bersambung~~
By:Huda

Part 6 : Hijrah CintA


Alisa termenung sendirian di sebuah tasik.Tasik itu luas ditutupi pepohon renek yang menghijau.Sungguh segar udara di tempat itu.Bebunga terantai menenuhi permukaaan tasik.Sungguh indah ditatap mata. Ada yang sedang mekar berbunga putih bersih,ada pula yang mekar berbunga merah muda.Antara khazanah ciptaan Tuhan yang cukup mempersona.
Gadis perempuan itu merenung jacket milik Amir yang masih terikat di pinggangnya.Ditatapnya berkali-kali.Teguran Amir benar-benar menyentap jiwanya.Peristiwa di restaurant tadi mengusik hatinya untuk mula berubah.Hidupnya sudah lama jauh daripada Tuhan.Melihat kehidupan Amir yang berjalan atas landasan agama membuka matanya yang selama ini buta kerana keseronokkan duniawi.
"Alisaa.."panggil satu suara saat air mata mula menitis dipipi gebunya.Mendengar suara itu,Alisa segera menyapu air matanya.Lelaki itu merenung wajah Alisa.
"Are you crying?"..why?..ada apa-apa yang terjadi kew?"
"No Faris..I am fine. Tadi mata masuk habuk..jangan risau"jelas Alisa sambil menyapu air matanya.
"Baguslah kalau macam tu".Faris mengambil tempat di sebelah Alisa.Dia cuba menyapu air mata Alisa.Tapi Alisa menghalang cubaan Faris.
"Aku okey jew..betul.
Faris,kau tahu pasal ape yang terjadi selepas parti malam tu?" Tanya Alisa inginkan kepastian.Faris tidak bertanya kepadanya apa-apa tentang keadaan dirinya.
"Malam tu?..apa yang terjadi??..aku tak tahu apa-apa pun"
"Ohhh..tak ada apalahh.."ujar Alisa dalam Nada yang agak kecewa.Hanya Amir yang ambil tahu pasal dirinya. Ya,Alisa sedar di hati Faris cuma ada Elina.Alisa cuba ingatkan dirinya berkali-kali.
"Terima kasih sebab sudi datang jumpa aku kat sini..terima kasih."Ucap Alisa.Dia cuba tahan luka pada hatinya.
Tiba-tiba telephone Faris berdering.Kedengaran suara Elina memujuk.
"Jap lagi I sampai" Jelas Faris ringkas kepada teman wanitanya.
"Alisa..aku terpaksa pergi.Ada hal sedikit" Terang Faris.Dia mengusap tangan Alisa.
"Aku mintak diri dulu..malam nanti kau call kalau kau perlu kan aku.OK! Bye".satu ciuman hinggap di pipi Alisa.
Faris sudah pergi meninggalkan Alisa.Dia masih termenung di bangku itu.Alisa mengusap pipinya yang dicium Faris.
"Takk..aku tak boleh terus begini..Aku mesti lupakan Faris..Aku penat..penat!!" Rintih Alisa.Tangannya diletakkan di dada.Dia rasa hatinya terlampau sakit.
"Aku mesti move on..aku tak kuat lagi"rintih Alisa lagi.Air mata mula bertakung di kelompak matanya. Kesakitan yang dia rasa tak terpadam dengan deraian air mata itu.

😢Sakit..
Bersambung~~
By :©Huda°

Part 5 : Hijrah CintA



Jam tangan Alisa menunjukkan pukul 2.00 pm. Alisa masih menunggu di dalam keretanya. Kebanyakkan pelajar sekolah menengah Agama itu sudah pulang.Tapi,wajah Amir belum kelihatan.
"Arghhh..lambatnya dia keluar!..penat tunggu"rungutan Alisa sambil memerhatikan di mana kelibat Amir.
Alisa mendapatkan alamat tempat Amir mengajar daripada rakannya Rosya.Disebabkan Amir tidak memberikan sebarang response untuk berjumpa dengannya,Alisa bertekad untuk berjumpa Amir sendiri.
Alisa keluar dari keretanya kemudiàn dia merancang untuk bertanya kepada pengawal sekolah itu.Semasa dia berjalan ke pondok pengawal keselamatan,budak- budak lelaki sedang memerhatikannya.Dia merasa tidak selesa dipandang sedemikian.

"Hello awak,saya nak tanya..Amir belum keluar lagi ke?" Tanya Alisa kepada pengawal keselamatan di sekolah itu.Pengawal keselamatan lelaki itu memandang Alisa.Seorang gadis rupawan yang agak seksi.

"Amir?? maksud awak Ustaz Amir Kew?..Dia ada mesyuarat dengan guru-guru lain..sekejap lagi keluar La."Terang pengawal lelaki sambil melihat susuk tubuh Alisa.Alisa merasa kurang selesa namun dia biarkan sahaja dirinya ditatap sebegitu.

"Itu pun dia!" Laung Pengawal keselamatan kepada Alisa.

Alisa cepat2 memandang.Dia melihat Amir sedang berbincang dengan seorang guru perempuan.Ustazah mungkin.fikir Alisa.Alisa melihat perempuan itu berpakaian serba labuh.Tudungnya bidang 60. Kelihatan Amir tergelak kecil ketika berbual-bual dengan perempuan itu.Perasaan cemburu mula menyuntik hati Alisa.
Setelah perempuan itu pergi,Alisa cepat2 berlari menuju ke arah Amir dengan kasut tumit tingginya.Dia menyapa Amir.

"Amirrr.."panggil Alisa.Amir memandang wajah Alisa..dia agak terperanjat dengan kehadiran perempuan itu.

"Kau buat apa kat sini?"Tanya Amir secara terperanjat.

"Aku nak cakap sesuatu ni.."

"Ohh..baiklah.Jom singgah kat restaurant yang berhampiran.Cakap kat sana la..boleh makan tengahari sekali"pelawa Amir.

Amir memandu keretanya diikuti kereta Alisa dari belakang.Sesudah tiba di restaurant Amir order makanan.Dia memilih meja dikhalayak ramai.Alisa hanya order air minuman sahaja.

"Pasal malam tu..terima kasih.Aku bersyukur sangat kau tolong aku."

"Sama2..memang kebetulan aku dengan Danial ternampak kereta kau kat tepi jalan.Kami tengok ada beberapa lelaki tarik kau ke semak.So,aku mintak Danial call 999."

"Ohh..macam tu rupanya.walau apa pun terima kasih " Alisa ukir senyuman ikhlasnya.

"Ye law..kan aku dah larang jangan minum benda haram tuh..Sebab minuman tu memabukkan dan mendatangkan mudarat kepada diri kau jugak..lain kali take note..Dalam al Quran pun larang kita orang Islam mendekati arak".Amir memberi sedekit tazkhirah ringkas.

Alisa tertunduk malu.Baginya agama tidak penting dalam dirinya.Mengenali Amir sedekit sebanyak membuka pintu hatinya.Alisa tersenyum malu pada dirinya.

"Nah..minuman cik.Air jus tembikai susu Dan makanan untuk encik."kata pelayan sambil menghulurkan minuman dan makanan ke meja itu.Alisa menyambut minuman itu.Dia tergesa2 mahu meminumnya. Kelakuannya diperhatikan oleh Amir.

"Bismillah please.."tegur Amir lembut.

Alisa tersipu.Dia lupa yang dihadapannya itu Amir lelaki yang agak warak.Di restaurant itu,ada beberapa mata liar memandang Alisa kerana keseksiannya. Amir melihat ketidak selesaan Alisa di situ.Dia memerhatikan lelaki itu asyik memerhatikan paha Alisa kerana mengenakan skirt singkat.Amir membuka jaketnya dan meminta Alisa menutupi pahanya yang terdedah.Alisa mengikuti kata2 Amir sebaik sahaja jacket dihulurkan.Lelaki yang bermata liar tidak memandang bahagian pahanya lagi.

"Rasa selamat?"

"Ya..mereka sudah tidak perhatikan di sini"

"Well..tutup auratkan wajib.Jangan salahkan mereka kerana memandang..Kerana yang terdedah selalu terhidang untuk dipandang secara PERCUMA..Kalau nak tengok binatang kat zoo pun kena bayar..takkan awak , orang tengok PERCUMA jew ??" Perli Amir melihat cara Alisa berpakaian.

Alisa tertunduk malu.kata- kata Amir memang kena tepat menusuk ke jantungnya.Kini dia sedar pakaiannya yang singkat hanya layak ditatap secara percuma seperti yang cuba diberitahu oleh Amir.

"Lalat tak akan hinggap di makanan yang tertutup kerana yang tertutup selalu dilindungi"pesan Amir mengingatkan Alisa.

Bersambung~~
By :©Huda°

Part 4 : Hijrah Cinta



Angin bertiup sempoi- sempoi bahasa.Kabus pagi masih utuh menyelubungi cuaca.Sepohon pokok tua rantingnya menjalar hingga ke tepi jendela.Pohon itu Sudah berusia tapi masih menjadi tempat istirehat sang burung layang dan anaknya.
Rambut Alisa beralun ditiup angin pagi.Jendela itu masih terbuka berhadapan sepohon pokok tua.Alisa masih termenung.Dia membayangi semula detik malam itu.Benar-benar menghantuinya dalam ketakutan.

Dia memandang ke luar jendela.Wajahnya lesu dan tidak bermaya.Wajah Amir memenuhi kotak fikirannya.Jika tidak kerana Amir mungkin dia sudah diperkosa.Perasaan bersalah terhadap Amir menganggunya. Dia rasa menyesal kerana sering memperlekehkan lelaki yang telah menyelamatkan maruah dirinya daripada dikotori begitu sahaja.

"Ktukk..ktukk"Pintu bilik Alisa diketuk.Ayahnya,Dato' Razi masuk menghampiri anaknya Di penjuru jendela.Dipandang wajah anaknya itu dengan belas kasihan.

"Alisa..bersabarlah.Papa tahu kamu masih ketakutan kerana peristiwa semalam.Nasib baik lah kamu selamat."kata Dato'Razi memberi semangat kepada anak perempuannya.

"Alisa mintak maaf..Alisa tidak pernah dengar nasihat papa selama ni..maaf" Pohon Alisa kepada Ayahnya.Alisa memeluk ayahnya seerat yang mungkin..air matanya mengalir mengenai pipinya yang gebu itu.Dato'Razi cuba menenangkan anaknya.Dipeluk anaknya seerat yang mungkin.

"Papa tahu kamu masih marahkan papa.Kamu marah kerana Papa menikah lagi selepas pemergiaan ibu kamu.Maafkan papa tpi semua ini demi kebaikan kamu.Sebelum ibu kamu meninggal dia wasiatkan untuk papa menikah lagi.Pada mulanya,papa agak berat ingin menunaikan impian ibu kamu tapi papa lihat kamu masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.Sebab itu lah papa menikah lagi..maafkan papa."Jelas Dato'Razi memohon pengertian anaknya.

Tangisan Alisa mula bertalu.Dia sedar selama ini kebenciannya sia-sia.Ayahnya melakukan semua itu kerananya bukan kerana nafsu seperti sangkaannya.Dato'Razi Cuba menenangkan anak perempuannya.Sudah agak lama Alisa seakan menjauhinya. Satu kelegaan di hati ayahnya.Akhirnya,anak perempuannya menyedari perbuatannya selama ini.


**************************


Lokasi:Di rumah Dato'Razi
Waktu: Petang


"Zrip..zrip " bunyi Nada wassap.Ada mesej baru masuk.Alisa masih melayan tidurnya.Dia benar-benar trauma dengan apa yang terjadi.Dia hanya berkurung di biliknya bersendiriaan.Alisa menyedari nada bunyi mesej itu dan segera membaca teks wassap itu.Dia fikir mungkin Faris yang menghantar pesanan itu.

* assalamualaikum, saya harap awak baik2 sahaja*

~ Amir~

Alisa terkejut."Amir?!!"

Dia cuba mengawal emosinya.Dia menaip untuk reply kembali.

*wassalam..yew,saya sihat.Thank sebab selamatkan saya malam tu.Kalau tidak saya tak dapat bayangkan hidup saya selepas itu.
Terima Kasih..maaf sebab selalu kasar dengan awak.*

~Alisa~

Amir:

*OK..tak ape..chill Jew*
Smile.

Alisa:

*Boleh kita jumpa?
Sy nak cakap sesuatu.*

Amir: bluetick kan mesej Alisa dan terus offline.Alisa agak melenting marah.Dia sangat benci bila orang lain tidak membalas mesejnya.Sudah sejam dia menunggu.Mungkin Amir terlupa untuk membalasnya.Alisa membaca semula conversations dia dengan Amir.Dia tidak menyangka bahawa Amir akan inboxkannya.Alisa melihat profile wasap Amir.Gambar Amir bersongkok tersenyum sambil memegang al-Quran.Dari zaman kuliah lagi Alisa melihat kewarakkan Amir. Amir seorang yang menjaga batas pergaulan.Alisa tidak pernah melihat Amir keluar berdua-duaan dengan mana-mana perempuan ketika mereka belajar dahulu.Cuma Amir seorang yang agak tegas.

Senyuman Amir di gambar wassap menyentuh hati Alisa.Tanpa disedari,Alisa mengukir
Senyuman..

Tiba2,dengupan jantungya semakin laju.

"Arghhhhh..kenapa dengan aku ni?"Bertak Alisa.Dia mencubit-cubit pipinya yang gebu.

"Ouchh..sakit!".


Bersambung~~
By:©Huda°



Ikuti perkembangan penulisan saya di
fb saya : https://www.facebook.com/hudamrsm

Part 3 : Hijrah CintA



Alisa mengenggam jari-jemarinya.Kemarahannya terhadap Amir berkobar-kobar..Sambil menatap cermin yang berada di toilet , Alisa menambah solekan di mukanyà.Warna gincu merah itu masih pekat dibibirnya tapi ditambah lagi berkali2 seakan-akan tidak berpuas hati.

"Arghhh..bodoh si Amir tuh!!..sibuk nak kasi ceramah kat aku.Menunjuk jew..bajet alim mamat tuh!" Sumpah Alisa sambil menyapu solekan di depan cermin.Dia betul-betul benggang dengan teguran Amir yang bermulut pedas.

Selepas selesai mengenakan solekan, Alisa merancang untuk berseronok2 di club malam yang berhampiran seketika untuk tenangkàn diri daripada mengingati kata2 Amir.
Pelbagai sumpahan keluar daripada mulut Alisa..khas ditujukan kepada lelaki itu.Semasa dia berjalan keluar dari rumah agam itu menuju ke arah kereta Honda city kesayangannya, beberapa orang lelaki sedang memerhatikannya.Dia tidak mengambil kesah kepada orang yang memerhatikannya..
perasaannya sedang bergelora dengan kemarahan..itu sahaja yang menguasai mindanya.
Tiga orang lelaki datang menghampiri Alisa.

"Hai seksi, kamu sorang jew?"soal seorang daripada tiga lelaki itu.

"Aishhh..jangan sibuk dalam urusan aku boleh tak!"bertak Alisa.

Tanpa memperdulikan mereka,Alisa memencut laju meninggalkan rumah agam itu.Semakin lama dia mula merasa pening akibat kesan wain merah yang diminumnya.Disebabkan kesan itu,Alisa tidak dapat meneruskan pemanduaannya.Dia rasa nak muntah..dia semakin mabuk.Alisa memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Tiba2 sebuah kereta berhenti di tempat yang sama.Keluar tiga lelaki dari kereta waja dan mendekati Alisa.Muka Alisa ditutup dan dia ditarik ke semak yang berhampiran.
Alisa cuba meraung meminta tolong namun jalan itu terlalu sepi.Jarang kenderaan lalu lalang di situ. Seorang Lelaki mengenggam tangan kanan Alisa manakala seorang lelaki yang lain mengenggam tangan kirinya.Alisa tidak mampu bergerak..

"Hai seksi..you jangan takut ok" ujar satu suara berbisik di telinganya.Alisa mengenali suara itu..itu suara lelaki yang menegurnya di rumah agam itu.

"Lepaskan aku bodoh!!..jangan sentuh aku!"raung Alisa..Dia benar2 ketakutan..lelaki itu menyentuh muka Alisa.

"Cantik la you..lain kali sombong tau" ujar lelaki itu.Ditatap keseksian tubuh Alisa yang mengenakan dress yang agak singkat.Alisa meronta-ronta minta dilepaskan.

"Tolongggg!!"jerit Alisa dalam pelukan lelaki itu.

Belum sempat tubuh Alisa dijamah,seorang lelaki meluru ke arah mereka.Dipukulnya lelaki yang cuba memperkosa Alisa dengan kayu.

"Kau memang binatang!"laung lelaki yang Cuba selamatkan Alisa.

Maka pergelutan berlaku.Alisa sudah tidak sedarkan diri saat itu.
Ketiga-tiga lelaki itu bergelut dengan lelaki yang cuba menyelamatkan Alisa .Saat pergelutan berlaku.Satu das tempakan dari pihak polis menghentikan keadaan..
Pihak polis berjaya menangkap ketiga2 lelaki itu..

"Awak tak apa-apa??..syukurlah saya ternampak kereta awak tadi" Nada lelaki itu lembut tapi dalam kerisauan.

Alisa memandang wajah lelaki itu sebaik sahaja membuka matanya..Badannya masih lemah.

"Amirrrr.."Sebut Alisa dalam keadaan lemah .


Bersambung~~
By :©Huda


Part 2 : Hijrah Cinta



Sebaik sahaja Faris ,Alisa dan Elina menuju masuk ke dalam rumah agam tu,semua jemputan berdiri dan menyanyikan lagu ucapan sempena sambutan hari lahir Faris.
Kek yang dihiasi indah dihidupkan lilin dan lampu di dewan dalam rumah agam itu dipadam sementara. Muzik dimainkan saat Faris meniup lilin satu persatu.
Dalam gelap,Cuma wajah Faris terpancar indah dihadapan cahaya lilin..Semua tetamu menyanyikan lagu buf day.Alisa menatap wajah Faris dari bawah pentas.Itu lah lelaki yang dia cintai semenjak sekolah menengah sehinggalah mereka memasuki satu universty yang sama.
Tiba2 Alisa ingat kembali memori dulu semasa sama2 menuntut di sebuah university.
Mereka sentiasa bersama-sama..Kebiasaannya Alisa dan Faris mengulangkaji bersama2 di sebuah perpustakaan di university mereka..tapi semenjak kehadiran graduan baru ,iaitu Elina ..Masa Alisa bersama dengan Faris tidak seperti sebelumnya.

"Alisa..aku suka la Elina tu..memang dia la orang pertama yang berjaya tawan hati aku ..Dia tu cantik giler!!.Kalau la aku dapat dia..bahagianya hidup aku!!" Luah Faris kepada Alisa.

"Ohh. Kau suka sangat kew dekat graduan baru tuh tpikan ramai kot lelaki tengah usya dia..lupakan la angan2 kau tuh..dia tak pandang la kau..hahaha"
perli Alisa sambil terbahak2 ketawakan Faris.

"Hmm..kau tengok la nanti..akan aku buktikan dia akan jadi milik aku jugak suatu hari nanti..tunggu dan lihat"azam Faris.

Sebaik sahaja lampu dihidupkan semula,Alisa tersedar daripada imbasan lalunya.Dia lihat kemesraan Faris dengan Elina..cukup mesra.

"Yew..kau dh berjaya buktikannya Faris..Tahniah" bisik hati Alisa.

"Hai,Alisa kan?" Ujar satu suara.Alisa berpaling.Rupanya itu kawan perempuan di kuliah dulu.
"Hai..kau Rosya kan?"

" yew..lama tak jumpa kau..woohh..makin seksi kau sekarang!" Kata Rosya saat melihat kawannya semakin berubah.

"Biasa2 Jew.."balas Alisa.Dia memerhatikan Rosya..cukup berubah.Tudungnya agak labuh,berjubah dan mengenakan sarung kaki.Seingat Alisa,dulu Rosya berambut hitAm merah dan pakaiannya cukup sendat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.

"Rosya dah berubah..aku bila lagi??"detik hati Alisa saat melihat perubahan kawannya.

"Jom la duduk..sambil makan2 dulu"ujar Rosya.Ketika mereka berbual2 di meja.Dua orang lelaki menghampiri mereka..

"Hei,.lama tak jumpa"ujar Amir yang juga kenalan lama Alisa.Alisa bangun dan cuba bersalam..Tapi Amir menggelak.

" Maaf..haram to touch!"Perli Amir.

"Poyo betul LA Si Amir nih..bajet alim Jew.!!"marah hati Alisa.

Amir selalu jugak terserempak dengan Alisa bila mahu memimjam buku di perpustakaan dulu.Lagipun,Alisa bertugas sebagai ahli perpustakaan. Amir selalu meminjam buku soal keagamaan.
Danial hanya memerhati kawannya Amir menegur Alisa.

"Hahaha..selalu jadi macam ni bila Alisa jumpa dengan Amir" gelak Rosya diiringi dengan gelak dari Danial.

"Amir,selepas tamat graduasi tu kau kerja kat mana dah..lama tak nampak kau?" Tanya Rosya.

"Aku sambung lagi belajar jurusan Ussuludin kt University Al Azhar,Mesir..lepas selesai,aku kerja mengajar budak2 kat sekolah agama la." Terang Amir agak teliti.

"Ohhh..patutla tak nampak kau"

"Ehhh..poyo + riyak la Amir nih..kalau yew pun, tak payah la nak menunjuk..apa la sangat semua tuh!!" Gertak hati Alisa tak puas hati.Matanya sempat menjeling tajam ke arah Amir.

"Kau pulak Alisa,kau selama ni pergi mana?..susah nak jumpa kau."Tanya Danial.

"Ohh..aku ni biasalah.Ulang-alik ke Jerman.Lagipun,aku berniat nak kembangkan industri fesyen ni..makin laput la fesyen kt Malaysia ni.." Alisa saja nak bermegah2 depan Amir..Sambil tu,dia mengambil gelas yang diisi wain merah.

"Maaf Alisa..kau tak rasa berdosa ke minum benda haram tuh??..tak rasa apa2 yang salah?" Tegur Amir cuba menghalang Alisa.

" Tak rasa apa2 lah..biasa jew aku minum benda ni"Jawab Alisa selamba.

"Ohh..patutlah..hati dah mati..sebab tu tak rasa apa2 .."Perli Amir.

"Kau jangan nak sibuk urusan aku lah!!..hidup aku bukan hidup kau..lagipun kubur masing2kan!"Jerkah Alisa sambil berdiri meninggalkan meja tuh.

"Memang kubur tu masing2..masalahnya kau nak mati susahkan orang lain jugak! Orang lain jugak kena uruskan mayat kau" Tambah Amir lgi.Amir memang jenis cakap lepas.

"Alisaaa..."panggil Rosya cuba tenangkan keadaan

"Biarkan dia..ada otak tak nak pikir..menyusahkan la"Marah Amir.

"Dah La tu...Dakwah tu mesti berhikmah..doakan Alisa..moga Allah bukakan pintu hati dia..kau macam la tak kenal Alisa tu macam mana..dia jahil agama.Sabar la" Nasihat Danial cuba menenankan Amir..


Bersambung~~
By :©Huda°

Friday, 8 January 2016

Part 1 : Hijrah CintA


Alisa,seorang gadis kota.Hidupnya dilimpahi kemewahan..Ibu sudah pergi meninggalkannya dua tahun lepas..kini ayahnya menikah lagi dengan seorang perempuan muda sebayanya.Kebenciaan Alisa terhadap ayahnya semakin membara..Dia tidak sanggup menerima seorang ibu yang baharu selepas kematian ibunya..
Kedegilan Alisa bertambah2.Alisa yang dahulunya seorang gadis cantik yang menjaga batas pergaulan kini sudah berubah..Hidupnya terlampau sosial..Kerana kekayaan ayahnya,sudah tentu ramai lelaki yang mendekatinya bukan kerana cinta hati tapi kerana cinta harta.
Malam itu Alisa keluar ke parti kawannya, Faris. Faris seorang lelaki yang tampan dan samalah kaya seperti Alisa.Mereka sudah kenal sejak di sekolah menengah lagi.Faris merupakan kawan rapat Alisa saat dulu dan sekarang..

"Alisa!"
"Ohh..Faris."

Sambil Alisa melambai- lambai tangannya.Alisa mengenakan dress warna merah hati yang agak singkat..menampakkan bentuk tubuhnya yang ranggi dan seksi..Lagipun Alisa sememangnya pandai bergaya. Dia berjalan ke arah kawannya itu dengan lenggokkan badannya n kakinya yang agak gedik.

"Kau datang jugak..bahagia aku rasa.Terima kasih sahabat!" Sambil Faris memeluk Alisa.Mereka sangat akrab.

"Ye la..parti buf day kau. Tak akan la aku lupa pulak..Selamat hari lahir Faris" . Alisa menghulurkan sebungkus hadiah..agak kecil bungkusan itu.Faris menerima hadiah itu dengan hati yang terbuka.

"Thank Alisa..sayang kau!"Pelukannya kepada Alisa dieratkan lagi..Hangatnya pelukan Faris kepada Alisa..sahabatnya.

"Hei,mesra nampak!" Sampuk Elina kekasih hati Faris. Elina sudah bercinta dengan Faris sebelum tamat majlis graduasi di University Malaya. Faris ,Elina dan Alisa satu university yang sama..mereka kenal rapat.

Faris melepaskan pelukannya sebaik sahaja Elina menghampiri.
"Sayangg..cantik u malam ni" ujar manja Faris sebaik kekasihnya itu menghampiri.Satu ciuman dihadiahkan kepada Faris. Faris tersenyum bahagia.

"Nah hadiah untuk you..bukalah sayang".Faris membuka balutan itu perlahan- lahan .

"Sebuah jam tangan antik..cantik.pandai u pilih untuk I sayang."
Faris mengucup dahi Elina..Kemesraan Faris dengan Elina ditatap Alisa.

Alisa terdiam.Hatinya sakit. Yew, dalam diam satu perasaan cemburu muncul di hatinya.Alisa Cuba sembunyikan perasaan itu..Dia sedar Faris mencintai Elina dan bagi Faris dia tak lebih daripada seorang sahabat..

"Ohhh..Alisa.sorry- sorry.. Lupa kau pun ada kat sini" ujar Faris sebaik sahaja menyedari adanya Alisa.

"Tak apa la..aku faham..orang bercintakan..hmm" Perli Alisa.

"Hehehe..nasib baik kau faham"kata Faris sambil tersengih2 kerang busuk.

"Eh..jom la masuk..aku pun jemput kenalan2 masa belajar dulu. Diorang tengah tunggu aku kat dalam..jom lah!" Faris menjemput Elina dan Alisa.

Bersambung ~

By:©huda°


Fb saya : Pemburu Hidayah ( Huda )
 https://www.facebook.com/hudamrsm

DILARANG COPY DALAM APA JUA BENTUK TANPA KEBENARAN DARIPADA SAYA.
TERIMA KASIH.

Cerpen Hijrah Cinta ( sinopsis)



Assalamualaikum..
Hijrah cinta ini mengisahkan hidup seorang gadis muda yang telah kehilangan ibunya.Hidupnya serba kegelapan dengan dosa dan maksiat..Tapi hidayah itu milik Allah.Dia yang berkuasa ke atas segala-galanya. Gadis itu bernama Alisa.Kesakitan cinta lama memberi kesan kepada jiwanya.Bacalah untuk mengetahui detik hidup Alisa dalam mencari Tuhan.


#cerpen ini tidak dibenarkan copy dalam apa jua bentuk tanpa izin saya.



Fb saya : Pemburu Hidayah ( Huda)
https://www.facebook.com/hudamrsm