Iklan

Saturday, 19 September 2015

kISAH Yes aKU Menang!

" yes!! aku berjaya..menang jgk pertandingan" watch your ballon"..huhu..

seronok la jugak masa main tadi kt padang kolej sempena activities week. cara main dia macam nie, bellon kena ikat dikaki dan sesiapa yang belonnya pecah kena pijak semasa dalam bulatan dikira out.so,satu kumpulan ada 5 orang..dalam pusingan pertama, group aku lawan dengan group lain dalam satu bulatan besar..ada dlm 3 kumpulan gitu..kitaorg mesti pecahkan belon setiap ahli kumpulan lain untuk singkirkan mereka..serang beramai2..( kna betul2 berhati2, depan,kiri dan blakang untuk elakkan diserang senyap2)..setelah masa tamat pusingan pertama, bagi kumpulan aku hanya tinggal dua orang iaitu aku dgn kak nurul yg masih selamat..



Round kedua:

yang ni paling mencabar sebab peserta yang berjaya pada pusingan pertama perlu berlawan dengan ahli group lain yang masih selamat..masa tu ada 3 group dalam round ke dua satu group dalam 3-5 orang..maka serang la beramai2..aku pun pening jgk..semua nak serang sesama sendiri takot belon kt kaki aku kena pijak laa..aku pun lari satu bulatan padang..x mau belon kena pijak..nak menang..

Junior,
" Akak tunggu jangan lari,sy nak pijak belon akak!!.."
hadeh2.( kawan2 aku yang jadi penonton mmg dh gelak2 dh tengok aku lari x cukup tanah jew ..asyik ngelak jew byk)...masa dia datang dekat, aku lari dan lari...(entah la main kejar2 ke main pijak belon sebenarnya)..huhu..Badanya besar,aku kurus jew kalau lawan mesti aku yang kalah ni.. last2 x dapat lari dah dia depan2 aku,hhuhu..dia tersenyum..mungkin dia fikir mampu singkirkan aku kot..Masa dia serang, aku asyik menari2 jew..kejap lompat kaki kanan kejap lompat kaki kiri,pusing sana sini,aku pijak belon kat kaki dia ..dua kali aku cuba tapi x pecah2 jugak..(hmm..x semudah tu)..dia pun x bagi peluang, asyik rancak nak berlawan nk pecahkan belon kat kaki aku,tapi sempat jew aku ngelak..( lompat la mcm k pop cikit masa tu)...tapi alhamdulillah aku masih lagi bertahan, junior yang tadi akhirnya berjaya dikalahkan oleh ahli groupku sendiri.

Round yang terakhir,hanya tingal 6 . dalam 6 orang hanya 5 sahaja yang akan layak untuk menang,seorang perlu disingkirkan.walau sesama kumpulan sendiri jangan bagi muka.Belon pecah kira out x kesah ahli kumpulan sendiri.
so at the end, saya masih lagi bertahan dan termaksud dalam 5 orang yang berjaya memenangi pertandingn " WATCH YOUR BELLON"..huhuhu..


sekian. sorry panjang2..terima kasih sudi baca..kihkihkih.. :)

Cerita Lelaki Itu soleh!

masa tu baru habis cuti semester,time nk balik Kuantan ticket bas dh hbis so nak x nak kena la naik kereta api ke Kuala Lipis,Pahang.Dari situ, rancang nk beli ticket Bas ke Kuantan terus..
Tiba Jew kt sana,semua tengah pandang aku.tiba2 aku rasa pelik..kenapa nk pndang sampai mcm tu sekali??..semasa bertanya kpd seseorg tentang kaunter Bas di area situ: Ada seorang Ustazah bertanya

Ustazah:Adik ni nak ke mana?

Aku: Kuantan tpi sy nk beli ticket bas ni
.ustazah tahu mcmna nak ke sana??..
Ustazah; sorang Jew??..hmm..jauh jugak dik..kena jalan la teksi susah nk dapat time nih..
Aku: ohh..yew,sorang jew nih.
Ustazah: hmm..kalau kamu sorang Jew ustazah x berani nk biarkan kamu ke sana..bahaya sorang2..faham2 la sekarang macam mana..
Aku; hmmm..( dalam hati resah juga cuma x ada pilihan lain dah)
Ustazah: sebenanya, anak ustazah pun nk ke Kuantan.Kamu pergi la sekali dengan dia.Tapi naik kereta api la..kamu beli Jew ticket keretapi ..lgi selamat.
Selepas selesai beli ticket keretapi,aku pergi jumpa ustazah tuh..sambil berbual2 menunggu ketibaan keretapi.
Tiba-tiba,datang seorang lelaki bersongkok, wajahnya cerah berjalan menuju kearah kami.Dia membawa 3 cawan air teh limau.
Lelaki itu : nah ibu..air yang ibu mahu.sambil matanya memandang kearahku.
Aku tersipu-sipu malu.Kupandang sahaja kasut tumit tinggiku..malu..dalam hati sempat berkata.."wahh..hensem + baiknyaa!!"
Ustazah: air satu lagi..bagi Jew kat dia..( sambil tersenyum)
Lelaki itu menghulurkan air itu kepadaku.Wajahnya menunjukkan dia budak baik.ustazah sempat memberitahu anaknya itu tngah menuntut di sebuah kolej Islam di Kuantan.
Pummmm..pummm!!
..bunyi keretapi sudah hampir memasuki stesen dan akan berlepas..
Ustazah: nak, ibu amanahkan kepada kamu perempuan tuh.Minta tolong tengok-tengokk
an dia.Pastikan kamu dengan dia selamat tiba di Kuantan.Ibu doakn keselamatan kamu berdua.
Aku : *touchingnyaa..sape la aku ni kan..terharu sungguh dgn kebaikkan ustazah tu..


Lelaki itu bersalam dengan ibunya.Dicium pipi ibunya sambil berkata" baiklah ibu,saya akan tolong tengok-tengokkan dia.Jangan risau "
Selepas itu, giliranku pula untuk bersalam kemudian mencium juga pipi ustazah itu..aku rasa gembira terhadap kebaikkan ustazah itu..terharu ..kalau boleh nk peluk lama2 sbg ucapan terima kasih atas semuanyaa..
Ustazah: jaga diri nak..
Aku tersenyum..lelaki itu juga.Kami sama2 melambai tangan saat sudah menaiki keretapi itu..
Aku tahu..lelaki itu juga sedang malu.Dia tidak mengenaliku sama juga denganku.Tapi aku adalah amanah ibunya..dia turut sahaja kemahuan ibunyaa..
Aku tersipu malu..sweetkannn..huhuhuhu

Cerita " Abah aku mahu Dia"


Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"
Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."
Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."
Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"
Abah: "Abah nak ko pergi lamar salsabila yang baru pas SPM/SKM yang kerja kilang 2

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"
Abah: "Redha orang tua ! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."
Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."
Pemuda tu dah kenal sangat salsabila tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan salsabila tu.
Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"
Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."
Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"
Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."
Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)
Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.
Pemuda: "Terima kasih, abah."
Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"
Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."
Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."
Pemuda dan abahnya ketawa bersama.
Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin
#⃣Take A Note


perkongsiaan daripada petikan Fb.
Kredet kepada Admin sebenar.

Kisah Cinta Si Gadis Garang

Isnin (MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)
Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)
Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pak cik & Mak cik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : Waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (Dalam hati : Ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait and see minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pak cik mak cik..
Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : So what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (Sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)
Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
>Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (Dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
>Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite bertunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (Cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)
Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..
Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)
(MALAM PERTAMA)
Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullail yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semuanya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangannya menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS.. AAMINNNNN