Iklan

Saturday, 19 September 2015

Cerita " Abah aku mahu Dia"


Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"
Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."
Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."
Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"
Abah: "Abah nak ko pergi lamar salsabila yang baru pas SPM/SKM yang kerja kilang 2

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"
Abah: "Redha orang tua ! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."
Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."
Pemuda tu dah kenal sangat salsabila tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan salsabila tu.
Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"
Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."
Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"
Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."
Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)
Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.
Pemuda: "Terima kasih, abah."
Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"
Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."
Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."
Pemuda dan abahnya ketawa bersama.
Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin
#⃣Take A Note


perkongsiaan daripada petikan Fb.
Kredet kepada Admin sebenar.

No comments:

Post a Comment