Angin bertiup sempoi- sempoi bahasa.Kabus pagi masih utuh menyelubungi cuaca.Sepohon pokok tua rantingnya menjalar hingga ke tepi jendela.Pohon itu Sudah berusia tapi masih menjadi tempat istirehat sang burung layang dan anaknya.
Rambut Alisa beralun ditiup angin pagi.Jendela itu masih terbuka berhadapan sepohon pokok tua.Alisa masih termenung.Dia membayangi semula detik malam itu.Benar-benar menghantuinya dalam ketakutan.
Dia memandang ke luar jendela.Wajahnya lesu dan tidak bermaya.Wajah Amir memenuhi kotak fikirannya.Jika tidak kerana Amir mungkin dia sudah diperkosa.Perasaan bersalah terhadap Amir menganggunya. Dia rasa menyesal kerana sering memperlekehkan lelaki yang telah menyelamatkan maruah dirinya daripada dikotori begitu sahaja.
"Ktukk..ktukk"Pintu bilik Alisa diketuk.Ayahnya,Dato' Razi masuk menghampiri anaknya Di penjuru jendela.Dipandang wajah anaknya itu dengan belas kasihan."Alisa..bersabarlah.Papa tahu kamu masih ketakutan kerana peristiwa semalam.Nasib baik lah kamu selamat."kata Dato'Razi memberi semangat kepada anak perempuannya.
"Alisa mintak maaf..Alisa tidak pernah dengar nasihat papa selama ni..maaf" Pohon Alisa kepada Ayahnya.Alisa memeluk ayahnya seerat yang mungkin..air matanya mengalir mengenai pipinya yang gebu itu.Dato'Razi cuba menenangkan anaknya.Dipeluk anaknya seerat yang mungkin.
"Papa tahu kamu masih marahkan papa.Kamu marah kerana Papa menikah lagi selepas pemergiaan ibu kamu.Maafkan papa tpi semua ini demi kebaikan kamu.Sebelum ibu kamu meninggal dia wasiatkan untuk papa menikah lagi.Pada mulanya,papa agak berat ingin menunaikan impian ibu kamu tapi papa lihat kamu masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.Sebab itu lah papa menikah lagi..maafkan papa."Jelas Dato'Razi memohon pengertian anaknya.
Tangisan Alisa mula bertalu.Dia sedar selama ini kebenciannya sia-sia.Ayahnya melakukan semua itu kerananya bukan kerana nafsu seperti sangkaannya.Dato'Razi Cuba menenangkan anak perempuannya.Sudah agak lama Alisa seakan menjauhinya. Satu kelegaan di hati ayahnya.Akhirnya,anak perempuannya menyedari perbuatannya selama ini.
**************************
Lokasi:Di rumah Dato'Razi
Waktu: Petang
"Zrip..zrip " bunyi Nada wassap.Ada mesej baru masuk.Alisa masih melayan tidurnya.Dia benar-benar trauma dengan apa yang terjadi.Dia hanya berkurung di biliknya bersendiriaan.Alisa menyedari nada bunyi mesej itu dan segera membaca teks wassap itu.Dia fikir mungkin Faris yang menghantar pesanan itu.
* assalamualaikum, saya harap awak baik2 sahaja*
~ Amir~
Alisa terkejut."Amir?!!"
Dia cuba mengawal emosinya.Dia menaip untuk reply kembali.
*wassalam..yew,saya sihat.Thank sebab selamatkan saya malam tu.Kalau tidak saya tak dapat bayangkan hidup saya selepas itu.
Terima Kasih..maaf sebab selalu kasar dengan awak.*
~Alisa~
Amir:
*OK..tak ape..chill Jew*
Smile.
Alisa:
*Boleh kita jumpa?
Sy nak cakap sesuatu.*
Amir: bluetick kan mesej Alisa dan terus offline.Alisa agak melenting marah.Dia sangat benci bila orang lain tidak membalas mesejnya.Sudah sejam dia menunggu.Mungkin Amir terlupa untuk membalasnya.Alisa membaca semula conversations dia dengan Amir.Dia tidak menyangka bahawa Amir akan inboxkannya.Alisa melihat profile wasap Amir.Gambar Amir bersongkok tersenyum sambil memegang al-Quran.Dari zaman kuliah lagi Alisa melihat kewarakkan Amir. Amir seorang yang menjaga batas pergaulan.Alisa tidak pernah melihat Amir keluar berdua-duaan dengan mana-mana perempuan ketika mereka belajar dahulu.Cuma Amir seorang yang agak tegas.
Senyuman Amir di gambar wassap menyentuh hati Alisa.Tanpa disedari,Alisa mengukir
Senyuman..
Tiba2,dengupan jantungya semakin laju.
"Arghhhhh..kenapa dengan aku ni?"Bertak Alisa.Dia mencubit-cubit pipinya yang gebu.
"Ouchh..sakit!".
Bersambung~~
By:©Huda°
Ikuti perkembangan penulisan saya di
fb saya : https://www.facebook.com/hudamrsm
No comments:
Post a Comment