Iklan

Saturday, 9 January 2016

Part 5 : Hijrah CintA



Jam tangan Alisa menunjukkan pukul 2.00 pm. Alisa masih menunggu di dalam keretanya. Kebanyakkan pelajar sekolah menengah Agama itu sudah pulang.Tapi,wajah Amir belum kelihatan.
"Arghhh..lambatnya dia keluar!..penat tunggu"rungutan Alisa sambil memerhatikan di mana kelibat Amir.
Alisa mendapatkan alamat tempat Amir mengajar daripada rakannya Rosya.Disebabkan Amir tidak memberikan sebarang response untuk berjumpa dengannya,Alisa bertekad untuk berjumpa Amir sendiri.
Alisa keluar dari keretanya kemudiàn dia merancang untuk bertanya kepada pengawal sekolah itu.Semasa dia berjalan ke pondok pengawal keselamatan,budak- budak lelaki sedang memerhatikannya.Dia merasa tidak selesa dipandang sedemikian.

"Hello awak,saya nak tanya..Amir belum keluar lagi ke?" Tanya Alisa kepada pengawal keselamatan di sekolah itu.Pengawal keselamatan lelaki itu memandang Alisa.Seorang gadis rupawan yang agak seksi.

"Amir?? maksud awak Ustaz Amir Kew?..Dia ada mesyuarat dengan guru-guru lain..sekejap lagi keluar La."Terang pengawal lelaki sambil melihat susuk tubuh Alisa.Alisa merasa kurang selesa namun dia biarkan sahaja dirinya ditatap sebegitu.

"Itu pun dia!" Laung Pengawal keselamatan kepada Alisa.

Alisa cepat2 memandang.Dia melihat Amir sedang berbincang dengan seorang guru perempuan.Ustazah mungkin.fikir Alisa.Alisa melihat perempuan itu berpakaian serba labuh.Tudungnya bidang 60. Kelihatan Amir tergelak kecil ketika berbual-bual dengan perempuan itu.Perasaan cemburu mula menyuntik hati Alisa.
Setelah perempuan itu pergi,Alisa cepat2 berlari menuju ke arah Amir dengan kasut tumit tingginya.Dia menyapa Amir.

"Amirrr.."panggil Alisa.Amir memandang wajah Alisa..dia agak terperanjat dengan kehadiran perempuan itu.

"Kau buat apa kat sini?"Tanya Amir secara terperanjat.

"Aku nak cakap sesuatu ni.."

"Ohh..baiklah.Jom singgah kat restaurant yang berhampiran.Cakap kat sana la..boleh makan tengahari sekali"pelawa Amir.

Amir memandu keretanya diikuti kereta Alisa dari belakang.Sesudah tiba di restaurant Amir order makanan.Dia memilih meja dikhalayak ramai.Alisa hanya order air minuman sahaja.

"Pasal malam tu..terima kasih.Aku bersyukur sangat kau tolong aku."

"Sama2..memang kebetulan aku dengan Danial ternampak kereta kau kat tepi jalan.Kami tengok ada beberapa lelaki tarik kau ke semak.So,aku mintak Danial call 999."

"Ohh..macam tu rupanya.walau apa pun terima kasih " Alisa ukir senyuman ikhlasnya.

"Ye law..kan aku dah larang jangan minum benda haram tuh..Sebab minuman tu memabukkan dan mendatangkan mudarat kepada diri kau jugak..lain kali take note..Dalam al Quran pun larang kita orang Islam mendekati arak".Amir memberi sedekit tazkhirah ringkas.

Alisa tertunduk malu.Baginya agama tidak penting dalam dirinya.Mengenali Amir sedekit sebanyak membuka pintu hatinya.Alisa tersenyum malu pada dirinya.

"Nah..minuman cik.Air jus tembikai susu Dan makanan untuk encik."kata pelayan sambil menghulurkan minuman dan makanan ke meja itu.Alisa menyambut minuman itu.Dia tergesa2 mahu meminumnya. Kelakuannya diperhatikan oleh Amir.

"Bismillah please.."tegur Amir lembut.

Alisa tersipu.Dia lupa yang dihadapannya itu Amir lelaki yang agak warak.Di restaurant itu,ada beberapa mata liar memandang Alisa kerana keseksiannya. Amir melihat ketidak selesaan Alisa di situ.Dia memerhatikan lelaki itu asyik memerhatikan paha Alisa kerana mengenakan skirt singkat.Amir membuka jaketnya dan meminta Alisa menutupi pahanya yang terdedah.Alisa mengikuti kata2 Amir sebaik sahaja jacket dihulurkan.Lelaki yang bermata liar tidak memandang bahagian pahanya lagi.

"Rasa selamat?"

"Ya..mereka sudah tidak perhatikan di sini"

"Well..tutup auratkan wajib.Jangan salahkan mereka kerana memandang..Kerana yang terdedah selalu terhidang untuk dipandang secara PERCUMA..Kalau nak tengok binatang kat zoo pun kena bayar..takkan awak , orang tengok PERCUMA jew ??" Perli Amir melihat cara Alisa berpakaian.

Alisa tertunduk malu.kata- kata Amir memang kena tepat menusuk ke jantungnya.Kini dia sedar pakaiannya yang singkat hanya layak ditatap secara percuma seperti yang cuba diberitahu oleh Amir.

"Lalat tak akan hinggap di makanan yang tertutup kerana yang tertutup selalu dilindungi"pesan Amir mengingatkan Alisa.

Bersambung~~
By :©Huda°

No comments:

Post a Comment