Iklan

Friday, 8 January 2016

Part 1 : Hijrah CintA


Alisa,seorang gadis kota.Hidupnya dilimpahi kemewahan..Ibu sudah pergi meninggalkannya dua tahun lepas..kini ayahnya menikah lagi dengan seorang perempuan muda sebayanya.Kebenciaan Alisa terhadap ayahnya semakin membara..Dia tidak sanggup menerima seorang ibu yang baharu selepas kematian ibunya..
Kedegilan Alisa bertambah2.Alisa yang dahulunya seorang gadis cantik yang menjaga batas pergaulan kini sudah berubah..Hidupnya terlampau sosial..Kerana kekayaan ayahnya,sudah tentu ramai lelaki yang mendekatinya bukan kerana cinta hati tapi kerana cinta harta.
Malam itu Alisa keluar ke parti kawannya, Faris. Faris seorang lelaki yang tampan dan samalah kaya seperti Alisa.Mereka sudah kenal sejak di sekolah menengah lagi.Faris merupakan kawan rapat Alisa saat dulu dan sekarang..

"Alisa!"
"Ohh..Faris."

Sambil Alisa melambai- lambai tangannya.Alisa mengenakan dress warna merah hati yang agak singkat..menampakkan bentuk tubuhnya yang ranggi dan seksi..Lagipun Alisa sememangnya pandai bergaya. Dia berjalan ke arah kawannya itu dengan lenggokkan badannya n kakinya yang agak gedik.

"Kau datang jugak..bahagia aku rasa.Terima kasih sahabat!" Sambil Faris memeluk Alisa.Mereka sangat akrab.

"Ye la..parti buf day kau. Tak akan la aku lupa pulak..Selamat hari lahir Faris" . Alisa menghulurkan sebungkus hadiah..agak kecil bungkusan itu.Faris menerima hadiah itu dengan hati yang terbuka.

"Thank Alisa..sayang kau!"Pelukannya kepada Alisa dieratkan lagi..Hangatnya pelukan Faris kepada Alisa..sahabatnya.

"Hei,mesra nampak!" Sampuk Elina kekasih hati Faris. Elina sudah bercinta dengan Faris sebelum tamat majlis graduasi di University Malaya. Faris ,Elina dan Alisa satu university yang sama..mereka kenal rapat.

Faris melepaskan pelukannya sebaik sahaja Elina menghampiri.
"Sayangg..cantik u malam ni" ujar manja Faris sebaik kekasihnya itu menghampiri.Satu ciuman dihadiahkan kepada Faris. Faris tersenyum bahagia.

"Nah hadiah untuk you..bukalah sayang".Faris membuka balutan itu perlahan- lahan .

"Sebuah jam tangan antik..cantik.pandai u pilih untuk I sayang."
Faris mengucup dahi Elina..Kemesraan Faris dengan Elina ditatap Alisa.

Alisa terdiam.Hatinya sakit. Yew, dalam diam satu perasaan cemburu muncul di hatinya.Alisa Cuba sembunyikan perasaan itu..Dia sedar Faris mencintai Elina dan bagi Faris dia tak lebih daripada seorang sahabat..

"Ohhh..Alisa.sorry- sorry.. Lupa kau pun ada kat sini" ujar Faris sebaik sahaja menyedari adanya Alisa.

"Tak apa la..aku faham..orang bercintakan..hmm" Perli Alisa.

"Hehehe..nasib baik kau faham"kata Faris sambil tersengih2 kerang busuk.

"Eh..jom la masuk..aku pun jemput kenalan2 masa belajar dulu. Diorang tengah tunggu aku kat dalam..jom lah!" Faris menjemput Elina dan Alisa.

Bersambung ~

By:©huda°


Fb saya : Pemburu Hidayah ( Huda )
 https://www.facebook.com/hudamrsm

DILARANG COPY DALAM APA JUA BENTUK TANPA KEBENARAN DARIPADA SAYA.
TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment