Iklan

Tuesday, 25 August 2015

SURAT CINTA DARI LELAKI MISTERI



Penulisan kali ini lebih kepada alam percintaan ketika sekolah menegah, biasalah, budak-budak tengah up katakan..huhuhu..Zaman sekrang kalau nak luahkan perasaan pakai whatsapp and bagai..Zaman saya dulu x ada semua ni..so, sy sempat la alami zaman surat cinta ni.

Suatu hari, saya tengah berbual-bual dengan seorang kawan baik saya ni, namanya Nabila.Dia satu tahun lebih muda daripada saya tapi kami memang kawan rapat.semasa saya sedang berbual-bual dengannya dia mengeluarkan sepucuk surat.Surat itu berlipat didalam sampul putih.


" Nah, surat untuk Kak Huda" beritahu Nabila sambil menghulurkan sepucuk surat.Mukanya mula tersipu-sipu melihat aku.


" ohh..surat ape ni Nabila?,,tiba-tiba sungguh kamu bagi akkak surat yang macam ini" sampukku selamba sambil mula membuka sampul surat itu.Hatiku berdebar-debar juga sebab bukan kebiasaan Nabila nak bagi baca surat ni.Kot-kot surat amaran ke apew kn.


"hehehe..akak baca je lah. Nanti akak tahu juga" terus dia berlalu pergi dengan muka tersengih-sengih.


Aku membuka sampul dan membaca surat itu.


jelas tertulis dengan pen.Tulisannya agak cakar ayam:



" Assalamualaikum huda,
 Maaf jika surat ini menggangu awak..saya hendak beritahu sesuatu.Mungkin awak akan terkejut tapi saya rasa saya perlu beritahu awk..saya suka awak!!.


Aku terkejut ketika membaca surat itu..aku berhenti seketika kemudian aku kembali membacanya lagi..


" ...sudi tak awak terima saya sebagai teman hidup awk?"

saya akan tunggu jawapan awak..harap segera membalas surat ini

pecah kaca,

pecah gelas,
sudah baca
harap balas..


Aku terkejut sangat-sangat.Terus aku tarik nafas panjang-panjang seakan-akan tidak percaya dengan semua ini.Di surat itu tidak bernama, sungguh puas aku mencari-cari klu yang mungkin ku kenali lelaki itu.

" arghh..mungkin ini kerja Nabila sahaja.Mungkin dia hendak kenakan aku semula.Terus aku mengumpal surat itu dan membuang ke dalam tong sampah.




Keesokkannya, Nabila datang bertanya kepadaku.Mukanya beria-ria melihat reaksi aku.


" akak dah baca surat semalam??..macam mana??" tanya Nabila.


" dah..kamu ni suka betul main-main. Dahn jangan main-main lagi.akak ada kearja nak buat ni" jelasku kerana aku tidak percaya surat itu datangnya daripda lelaki misteri.


" ape yang main-mainnya kak!..surat tu betul-betul tau, saya tak tulis pun..Dia yang meminta saya hantarkan kepada akak" terang Nabila menjernihkan kekeliruan dan sangkaanku.


" huh?!!..siapa yang kirimkan surat ini kepada akak?" Tanyaku penuh minat.Aku ingin mengetahui siapkah penulis misteri itu.



"seseorang yang akak tidak kenali tapi dia yang banyak mengenali akak dalam diam.Saya tak boleh beritahu siapa dia sebelum saya pastikan akak balas semula surat dia tu.Balas Nabila mengenakan syarat pula sebelum memberitahu siapa dia.

"baiklah.akak balas sekarang!" jawabku lantas mengambil sepucuk surat dan menulis jawapanku:



waalaikumusalam,

Terima kasih untuk surat itu..saya minta maaf saya tidak mampu menerima awk sebagai seseorang yang istimewa buat saya..maaf.saya harap pengertian daripada awak..

maafkan saya..





Terus aku masukkan dalam sampul surat dan meminta kembalikan kepada lelaki itu.



" ok akak..nanti lepas habis kelas, Nabila bagitahu akak siapa dia" terang Nabila sambil mengambil surat itu daripada tanganku.


"okk.."



Habis jew kelas, Nabila segera mendapatkan ku kembali..Sebaik sahaja melihatku dia segera meluru.Hari itu ada perhimpunan, selaku pengawas sekolah aku memang pulang lambat sedikit kerana ada tugasan tambahan.


" akak!!..akak!!.." panggil Nabila.


" yew.." jawabku ringkas.


"Nah.." Nabila menghulurkan sepucuk lagi surat baru daripada lelaki misteri itu.


Cepat-cepat, aku membuka surat itu.



Assalamualaikum awak,
terima kasih atas jawapan awak..tapi sbelum itu saya hendak mendapatkan kepastian daripada awak, kenapa awak menolak saya??..kenapa??

-yang benar-



Terus aku terdiam..tiada jawapan yang mampu kuberikan kepadanya.Entah la, bagi aku zaman remaja ini banyak cinta monyet jew..lagipun aku masih belum mengenali lelaki itu..siapakah dia??" terdetik di hati untuk melihat empunya Tuan surat itu.



Maghrib hari itu, aku pergi surau solat berjemaah di sana.Hanya ada dalam 4 shaf termaksud pelajar lelaki.Disebabkan kami yang beragama islam hanya sedikit sahaja yang tinggal di asrama maka tiada tirai antara kami semua.


Aku datang sedikit awal jadi aku berada di shaf depan di belakang..selang 3 langkah daripada shaf pelajar lelaki. Ada seoarng lelaki ini aku sangat mengagumi dia.Kali ini aku berada betul-betul belakang dia, solat jemaah sekali bersama-sama pelajar islam yang lain.


Aku memang tidak mengenali lelaki itu.Rupanya sesekala sahaja aku nampak dia di asrama itupun ketika solat berjemaah.Di Sekolah aku memang jenis ulat buku so aku tidak mengambil kesah pasal orang lain.Sebaik sahaja pulang ke asrama,memang aku akan ke surau untuk solat berjemaah begitu juga lelaki itu.


" siapakah lelaki ini?" kadang-kadang hatiku berbicara tanpa pinta.



" Akak..jauhnya termenung" sampuk Nabila semasa aku mengemaskan telekung sembahyang tadi.Semua pelajar sudah mula keluar daripada surau.


" hmmm..Nabila, akak nak tanya nie..lelaki yang solat di depan akak tu siapa??..sebab akak tak pernah kenal dia tuh.." tanyaku sambil malu-malu.


"ohh..itu namanya Keri. dia tu sekelas dengan saya kak..muda setahun daripada akak. Kenapa akak dah berkenan kew ni?..hihi.." tanya Nabila dalam nada bergurau-gurau.


" Mana ada lah!!..akak tanya jew..hmm"


" Jom la akak, kita naik asrama dulu" ajak Nabila bersama-sama.



**************************************************************************************



setelah hampie sebulan,


" Nabila, lelaki yang kamu cakapkan yang kt masjid tuh..macamna??" tanya aku ingin tahu sebab selalu kitorang solat berjemaah sama-sama.Dia selalu memakai baju itu.Sudah dapat ku kenali itu dia.


" ohh..Keri tu baik kak..dalam kelas dia bising jew..stress la" komen Nabila pasal lelaki itu.


"hahaha..x apa lah..ceria juga kelas kamu tu" Tambahku lagi sambil ketawa bersama-sama.


"Akak..Sejak dulu hingga sekarang itu lah lelaki yang saya suka." jelas Nabila dengan nada yang lembut.


Aku sangat terkejut saat itu..Entah nak cakap apa..Lelaki itu juga la yang aku mula-mula mengambil tahu..mungkin dah berkenan kot.huhuhu..


"ohh..Nabila suka dia rupanya.Kenapa tak cakap dengan akak..Nanti akak boleh bagitahu kak dia" Cadanganku sambil cuba sembunyikan sesuatu yang mula aku rasa saat itu.Kini rasa hampa.Cukup lah..usah kenali siapa lelaki itu.


" saya bukan tak nak bagitahu akak cuma..hmmm" jelas Nabila teragap-agap.Dia mula memalingkan wajahnya daripada aku.


" cuma apa Nabila, cuba bagitahu akak..mana tahu akak boleh tolong" 


" hmm..akak ingat lagi tak surat yang akak dapat tu. lelaki yang kirim surat itu dia akak!..Dia!..Dia  suka akak bukan Nabila" Jelas Nabila dengan nada yang lembut kelihatan wajahnya berubah..Moodnya sedih.



Aku  terkejut berut dibuatnya,sangat-sangat.Selama ini lelaki yang selalu solat berjemaah denganku di surau bersama-sama pelajar lain itulah dia pengirim surat cinta tuh..Dalam diam dia yang suka aku.Tambahan lagi,sahabatku, Nabila juga menyimpan perasaan yang sama kepada lelaki yang sama.



Keesokkannya,


aku membalas surat lelaki itu yang kini ku mula mengenali siapa dia.



" Assalamualaikum,

Maaf atas kelewatan membalas surat ini.Sebab saya tolak awk sebab sy rasa usia kita terlalu muda.lagipun awak lebih muda daripada saya.Maaf..


saya yakin awak akan dapat perempuan yang lagi baik daripada saya.


Maaf..




- sekian coretan surat cinta dulu-




* aku belum pernah berkapel lagi yew sehingga kini,huhuhu..saya tidak mencintai dia pun




































No comments:

Post a Comment